10 Alatan Dan Keperluan Penyusuan Lengkap Bagi Ibu Berkerja

 

Penyusuan susu ibu adalah semula jadi, tapi bagi ibu baru ia pasti sesuatu perkara baru yang perlu dipelajari. Bagi bayi yang mudah atau terus tahu cara menghisap dengan betul, wow!! itu sangat bagus. Tapi macam mana jika  bayi baru lahir tak pandai lagi nak menetek?

Ibu-ibu jangan risau, ia mungkin bermakna anda perlukan sedikit pertolongan. Kebiasaannya doktor atau nurse akan ajar cara menetek dengan betul.

Bagi ibu-ibu yang ingin buat stok susu terutama bagi yang lagi beberapa hari nak mula bekerja selepas berpantang. Anda perlu sediakan beberapa alatan dan keperluan menyusu yang lengkap.

Menyediakan alatan dan keperluan menyusu adalah untuk membantu serta memudahkan penyusuan dan memastikan kuantiti penghasilan susu sentiasa berada di tahap yang optimum.

 

alatan dan keperluan penyusuan lengkap _11

 

Alatan Dan Keperluan Penyusuan Lengkap

Alatan dan keperluan #1

  • Pam Payu Dara – Pilih pam payu dara yang gred hospital untuk sedutan yang optimum untuk mengosongkan payu dara semasa perahan.

[alert-announce]Best untuk dibaca: > Dapatkan teknik mengepam yang betul di sini <[/alert-announce]

power pumping teknik banyakkan susu ibu _4

Breast pump yang Kak Ayu paling suka. Harga pun berpatutan.. 🙂

 

Alatan dan keperluan #2

  • Coli Menyusu – Elakkan memilih coli berdawai semasa menyusu. Pilih coli menyusu yang diperbuat daripada kain kapas yang menyerap peluh dan mempunyai bukaan yang mudah diakses semasa penyusuan.

alatan dan keperluan penyusuan lengkap _2

 

Alatan dan keperluan #3

  • Pek Ais – Digunakan untuk menyejukkan susu ibu secara sementara di dalam beg pendingin sebelum di simpan ke dalam peti sejuk.

alatan dan keperluan penyusuan lengkap _3

 

Alatan dan keperluan #4

  • Beg Pendingin – Dapatkan beg yang selesa dibawa dan mempunyai insulasi yang tebal bagi mengekalkan suhu sejuk pada susu yang diperah.

alatan dan keperluan penyusuan lengkap _4

 

Alatan dan keperluan #5

  • Bekas Penyimpanan – Sekarang terdapat banyak pilihan penyimpanan. Ada yang menyimpan di dalam botol penyimpanan dan ada yang memilih liner plastik. Cuma pastikan bekas ini bebas bisphenol A untuk mengelakkan keracunan pada susu.
alatan dan keperluan penyusuan lengkap _5

Boleh simpan dalam botol atau dalam plastik, asalkan ia selamat.. 🙂

 

Alatan dan keperluan #6

  • Milk Collection Shell – Boleh dipakai di dalam coli untuk memerangkap lelehan susu ibu. Lebih baik disimpan daripada susu tersebut diserap oleh pad payu dara.

alatan dan keperluan penyusuan lengkap _6

 

Alatan dan keperluan #7

  • Bustier – Memerah secara bebas tangan dengan bustier di mana breast shell boleh diletakkan melekat padanya.

 

Alatan dan keperluan #8

  • Suplemen – Dapatkan suplemen berbentuk snek atau pil herba untuk menambahkan kuantiti susu ibu pada waktu-waktu yang memerlukan.

[alert-announce]Best untuk dibaca : > Suplemen TERBAIK tingkatkan susu ibu <[/alert-announce]

 

Alatan dan keperluan #9

  • Bantal Menyusu – Mama mudah menyusukan si kecil tanpa perlu membongkok. Sekali gus dapat mengurangkan stress si ibu. Ibu menyusu dengan tenang dan terhindar dari stress.

 alatan dan keperluan penyusuan lengkap _7

 

Alatan dan keperluan #10

  • Nursing cover – Nursing cover ini sangat memudahkan mama menyusukan si manja dan memerah payu dara di mana sahaja tanpa mendedahkan payu dara.
alatan dan keperluan penyusuan lengkap _8

nursing cover yang dipakai oleh Fasha Sanda..

 

Semoga info ini bermanfaat pada ibu-ibu semua, kongsikan dengan kawan-kawan lain jika anda rasa info ini berguna.. 🙂

— Sebarkan Kebaikkan —

 

Ayu Rosman

SMS / WhatsApp : 013 205 0607

FanPage FB: AyuRosman

SID : 915071

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge