10 Sebab Kenapa Mesti Melancong Ke Lombok

Assalamualaikum dan salam sejatera

 

Melancong adalah salah satu hobi yang ramai suka termasuklah Kak Cun. Melalui cerita-cerita dari kawan yang pernah melancong ke Lombok ia memang tempat yang cantik semulajadi, keindahannya masih terpelihara. Melancong ke Lombok bakal menjadi tempat peranginan Kak Cun juga tau.

Apa-apa pun Kak Cun dah survey tempat-tempat menarik yang ada di Lombok. Jadi Kak Cun nak kongsikan beberapa tip dan tempat menarik yang boleh membantu anda jika ingin melancong ke Lombok.

 

melancong ke lombok

melancong ke lombok

 

10 Tip Ketika Melancong Ke Lombok

  1. Tiket direct dari KLIA ke Lombok memang ada oleh Air Asia. Perjalan ke Lombok pula ambil masa 3 jam.
  2. Pastikan anda dah siap sedia membeli international adapter sebab plug di sana tak sama macam di Malaysia. Memudahkan anda untuk charge Handphone anda nanti.
  3. Waktu masa di Lombok adalah lebih kurang sama saja dengan Malaysia. Tak banyak beza.
  4. Network internet di Lombok agak slow, jadikan pastikan anda beli extra simkad di Lombok nanti.
  5. Walaupun majoriti penduduk di Lombok adalah beragam islam, namun anda masih perlu berhati-hati dengan kedai makanan disana. Kerana dikhuatiri tidak halal.
  6. Lombok macam tempat lain juga, boleh menyewa kenderaan motor atau kereta. Atau boleh menyewa kereta dengan driver sekali.
  7. ATM  Maybank dan CIMB ada di Lombok, jadi tak usah risau nak cucuk duit jika kehabisan duit. Cuma jangan lupa aktifkan pengeluaran wang di luar negara pada ATM kad anda.
  8. Dipantai ramai anak-anak menjual gelang. Jika tak nak membeli dan tak dihurungi oleh anak-anak itu janganlah mulakan perbualan.
  9. Ada beberapa kedai kain menjual dengan harga yang sangan mahal. Jadi jangan buang duit dikedai mahal sebab masih ada kain yang sama lebih murah harganya.
  10. Lombok bukan pulang yang kecil tetapi ia agak besar juga. Jadi pastikan anda merancang perjalanan anda di awal pagi.

 

 

melancong ke lombok_1

View yang sangat cantik

 

10 Tempat Menarik Wajib Pergi Ketika Melancong di Lombok

  1. Gunung Rinjani adalah gunung yang berpandangan yang sangat indah. Gunung ini adalah bekas gunung berapi yang kedua tertinggi di Indonesia. Peminat pendaki memang suka mendaki gunung ini. Ia menjadi tempat peranginan yang menarik diberi nama Taman Nasional Gunung Rinjani.
  2. Kota Ampenan antara kota yang tertua. Diduduki oleh suku bangsa antaranya orang kampung Bugis.
  3. Batu Layar memang lokasi tarikan yang menarik, ramai orang suka.
  4. Taman Narmada, sebuah taman yang cantik dibangunkan oleh seorang raja suatu ketika dahulu. Sangat cantik untuk dilawati.
  5. Rumah Adat Dusun Sade, ini ialah rumah tradisional bagi suku kaum di Lombok
  6. Pantai Batu Bolong, ia adalah sebuah batu besar terdapat lubang padanya. Menjadi kuil hindu juga.
  7. Pusat Tenun Kain Sunkara, walaupun agak mahal kainnya tetapi memang agak cantik.
  8. Pantai Senggigi juga pantai yang sangat cantik.
  9. Gili Nanggu, bagi yang suka snorkeling di pulau ini terdapat terumbu karang yang cantik-cantik.
  10. Gili Trawangan, ia terkenal dengan buaian asmara atau dipanggil Ombak Sunset. Pemandangan yang sangat cantik.

 

Jom kita ke Lombok, InsyaAllah 🙂

Comments (1)
  1. Azlan September 2, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge