12 Teknik Meneran Yang Betul Ketika Bersalin

 

Topik simple hari ini yang KakCun nak kongsikan buat semua pembaca ialah teknik meneran yang betul ketika bersalin. Perasaan dalam menunggu hari buat semua ibu yang sedang mengandung buat kali pertama adalah nervous kan? Mana taknya, tak ada pengalaman kan..

Tak apa kalau tak ada pengalaman tetapi biar ada ilmu. Sekurang-kurangnya kita tahu sikit walaupun tak tahu banyak semasa proses nak bersalin nanti.

Bagi ibu baru atau yang pertama kali melahirkan secara normal ia mungkin agak sukar. Kata orang masih tak jumpa jalan. Ramai yang mengalami kesukaran untuk meneran atau lebih tepat tak pandai nak meneran untuk mengeluarkan bayi tanpa menggunakan alat bantuan. Bergelut dengan rasa sakit dan kepenatan buat kita rasa berputus asa.

 

teknik-meneran-yang-betul-ketika-bersalin

Ibu baru atau tiada pengalaman mungkin kurang mahir dalam meneran

 

Teknik Meneran Yang Betul Semasa Bersalin

Meneran cara yang betul ialah seperti meneran nak buang air besar. Elakkan meneran pada muka kerana ia adalah cara yang salah dan boleh mengakibatkan ibu rasa penat. Ini adalah kesilapan yang kerap berlaku mungkin sebab pertama kali jadi ibu dan tiada pengalaman atau pertama kali beranak normal.

Jadi ini KakCun kongsikan 12 teknik meneran yang betul semasa bersalin kepada ibu semua ya..

  • Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.
  • Mata memandang ke arah perut.
  • Tangan pegang pergelangan kaki.
  • Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran.
  • Jangan sesekali angkat punggung agar luka tidak menjadi melibatkan bahagian dubur.
  • Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.
  • Pastikan anda tidak menghembuskan nafas dengan kuat.
  • Teran sekuat-kuatnya selama yag boleh. Contohnya selama 10 saat sekiranya boleh, kemudian curi nafas yang baru dan sambung teran sekiranya masih ada kontraksi.
  • Rehat dan relaks ketika kontraksi tiada. Basahkan bibir dengan air dengan bantuan suami.
  • Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi.
  • Dengar arahan jururawat dan doktor.
  • Elakkan menjerit-jerit supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.

 

teknik-meneran-yang-betul-ketika-bersalin-1

Tak perlu menjerit sebab mengurangkan tenaga saja..

 

AWAS! Bernafas laju akan membuatkan ibu cepat letih. Jika ibu mempunyai masalah pernafasan seperti asma, beritahu doktor atau jururawat yang bertugas dan bawa ubat yang bersesuaian.

Semasa proses bersalin, doktor akan memeriksa sekiranya kepala bayi turun dengan betul dan sama ada terdapat tanda-tanda obstuctered labour. Iaitu keadaan yang tidak mengizinkan bayi lahir secara normal. Antaranya ialah caput [bengkak pada kulit kepada bayi] dan moulding [apabila tengkorak bayi bertindan antara satu sama lain].

Sekiranya tiada tanda-tanda di atas, proses meneran boleh diteruskan sehingga lebih kurang sejam (ibu bersalin kali pertama) atau 30minit (bagi ibu yang berpengalaman asalkan CTG masih aktif).

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu semua dan kongsikan kepada yang lain juga.. 🙂

 

 

Sharing is Caring…

KakCun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge