15 Tip Mudah Mencegah Anak-anak Dari Sembelit

 

Apa yang menyebabkan sembelit pada anak-anak?

  • Terlalu banyak berikan susu tetapi kurangnya serat dalam tubuh mereka.
  • Mungkin ibubapa kurang mendidik anak-anak  untuk sentiasa pergi ke tandas kerana anak-anak terlau sibuk bermain hingga lupa nak ke tandas.
  • Ada juga anak-anak yang mungkin kurang dilatih sehingga susah untuk mereka meneran untuk buang air besar.

tip mudah cegah anak dari sembelit _1

 

 

15 Tip Mudah Mencegah Anak-anak Dari Sembelit

Bagaimana mencegah anak-anak dari yang sembelit? Disini Kak Ayu kongsikan 15 tip mudah mencegah anak-anak dari sembelit.

  • Memastikan anak-anak sentiasa ke tandas.
  • Beri anak-anak masa yang cukup di tandas.
  • Galakkan anak-anak ke tandas tapi jangan buat anak-anak rasa tertekan pula.
  • Menggalakkan aktiviti fizikal. Contohnya, sediakan tandas mainan.
  • Sentiasa sediakan air dan ingatkan mereka untuk minum seteguk air sepanjang hari.
  • Hati-hati dengan memberikan susu terlalu banyak, ia memang dapat melegakan dahaga tetapi dapat menyebabkan sembelit.
  • Bermain masak-masak untuk membantu mendorong mereka untuk minum lebih banyak air.
  • Berikan mereka jus selepas makan.
  • Berikan mereka makan roti gandum sebagai makanan serat.
  • Beri mereka buah yang lembut sebagai sarapan. Serat di dalamnya dapat membantu melembutkan najis.
  • Ibu boleh jadi sedikit kreatif dengan menyediakan makanan tersembunyi didalamnya. Contoh: muffin berinti buah serat di dalamnya.
  • Menyediakan mereka dengan sup sayuran.
  • Berikan mereka makanan tinggi serat sereal.
  • Sentiasa tunjukkan mereka untuk makan banyak brokoli, bayam dan banyak lagi sayuran.
  • Beri mereka buah-buahan untuk mengunyah.

 

[alert-announce]Best untuk dibaca: Cara Mudah Atasi Anak Sembelit[/alert-announce]

 

Sebarkan kebaikkan, semoga ia bermanfaat buat anda dan juga teman anda.. 🙂

 

 

Ayu Rosman

SMS / WhatsApp : 013 205 0607

FanPage FB: AyuRosman

SID : 915071

Comments (1)
  1. Lydia Rahayu Mahmod October 5, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge