5 Sebab Ibu Hamil Perlu Induce Ketika Bersalin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Keinginan untuk bersalin secara normal dan mudah adalah kehendak hati semua ibu hamil termasuk Kak Cun. Sepanjang tempoh hamil Kak Cun memang menjaga kandungan dengan baik dengan mengamalkan vitamin prenatal dari jenama yang terbaik. Tetapi ‘induce’ ketika bersalin bukan lah pilihan semua orang..betul tak? Bila tak nak itu lah yang kita dapat, tak apalah ujian.

Melahirkan anak secara induce sebenarnya adalah untuk mengatasi komplikasi yang berlaku. Kebiasaannya kalau nak induce memang semua ibu hamil pun rasa gerun saja. Disini Kak Cun nak kongsikan apa sebab ibu hamil perlu induce ketika bersalin.

sebab-ibu-hamil-perlu-induce

Lazimnya ibu-ibu gerun dengar ingin di induce ketika bersalin

Sebab Ibu Hamil Perlu Induce Ketika Bersalin

Kebiasaannya doktor akan menyarankan induce jika didapati risiko menunggu ibu bersalin lebih mendatangkan risiko yang tinggi kepada ibu dan bayi melebihi risiko induce. Jadi disini Kak Cun kongsikan beberapa keadaan yang memerlu ibu hamil perlu induce ketika hamil.

 

  • Overdue – maksud overdue bila kandungan telah melebihi 40 minggu tetapi masih belum ada rasa nak beranak. Demi mengelakkan bayi lemas disebabkan overdue doktor akan sarankan induce. Bukan itu saja overdue juga menyebabkan uri kurang berkesan lagi kepada bayi untuk menyalurkan zat mineral dan nutrien. Malah ia juga boleh mengundang kepada kematian bayi dalam perut.
  • Pecah Air Ketuban – Pada ketika air ketuban telah pecah dan proses kelahiran masih tak bermula maka induce diperlukan. Induce diberi untuk mempercepatkan proses kelahiran dalam masa 24jam. Perkara ini sangat penting untuk mengelakkan bayi dan ibu mendapat jangkitan.
  • Ibu Berpenyakit – Kepada ibu yang berpenyakit serius atau kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit buah pinggang dan preeklampsia memerlukan di induce awal bergantung tahap serius mana penyakit itu. Penyakit-penyakit ini memerlukan kelahiran secara induce pada si ibu.
  • Masalah Bayi – Jika bayi dalam kandungan mengalami pertumbuhan yang terencat, bayi kurang bergerak atau air ketuban makin berkurang kes begini memerlukan kelahiran secara induce. Tetapi kalau keadaan bayi terlalu terencat kelahiran secara induce adalah tidak disarankan. Hanya melalui pembedahan saja yang lebih selamat.
  • Pendarahan – Keadaan ibu yang mengalami pendarahan yang serius dan kritikal memerlukan kelahiran secara induce.
  • Kehendak Ibu Hamil – Induce tidak boleh diminta sesuka hati oleh ibu, tetapi jika nak induce juga mungkin suami akan ke luar negara atau pun mahu bayi dilahirkan pada tarikh tertentu itu boleh dipertimbangkan. Dengan syarat ibu tahu dan memahami risiko induce.
sebab-ibu-hamil-perlu-induce-3

Kelahiran induce lebih sakit berbanding bersalin spontan

 

Kelahiran Secara Induce Cepat Tetapi Lebih Sakit, Betul Ke?

Melalui pengalaman Kak Cun dan kawan-kawan lain yang bercerita tentang induce, memang pada Kak cun induce itu sakitnya lebih menyakitkan daripada tanpa induce. Sakitnya adalah secara tiba-tiba dan mengejut.

Ini sebab ‘contraction’ nya lebih kuat daripada kelahiran secara spontan. Apa-apa pun beranak itu tetap sakit. Tetapi selepas saja bayi keluar dan Kak Cun dapat tengok muka yang comel sebab doktor letak atas dada, terus rasa sakit macam hilang sekejap. Syukur Alhamdulillah atas nikmat ini ya Allah.

Jika anda rasa topik dan kisah ini memberi manfaat kepada diri anda atau orang lain, mohon untuk anda kongsikan entry ini kepada yang lain-lain dengan klik button share dibawah ini.. 🙂

sebab-ibu-hamil-perlu-induce-3

Lepas beranak tengok muka baby hilang terus sakit

 

Yang Ikhlas. Mak Sayang Anak, 🙂

Kak Cun

 

 

 

Comments (1)
  1. Ibu Zarith January 10, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge