6 Cara Atasi Anak Lambat Bercakap

 

Perasaan KakCun berada di situasi ini rasa tertekan sikit bila ada orang datang dan cakap “anak kau lambat cakap ke, dah berapa tahun pun tak boleh cakap lagi?”. Perlu ke KakCun rujuk masalah anak lambat bercakap dengan pakar?

Kanak-kanak seharusnya boleh bercakap dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga hingga lima perkataan, boleh mengenali bahagian tubuh badan, boleh sebut nama sendiri dan boleh berinteraksi dengan orang dewasa.

Antara tanda-tanda masalah pertuturan ialah seperti tiada reaksi jika dipanggil dan kurang berinteraksi dengan kanak-kanak lain serta tidak gemar aktiviti menulis dan melukis. Deria pendengaran adalah amat penting dalam proses perkembangan pertuturan kanak-kanak. Jika wujud sebarang keraguan adalah mustahak untuk kanak-kanak itu diperiksa oleh pakar. Jika terdapat sebarang masalah, ia dapat dikesan pada peringkat awal.

 

cara-atasi-anak-lambat-bercakap

Ibu bapa kerap berkomunikasi dengan anak sangat membantu anak boleh bercakap cepat ­čÖé

 

6 Cara Atasi Anak Lambat Bercakap

  • Teruskan Peniruan

Biarkan anak meniru apa yang kita ucapkan. Sebab sekarang dia dalam tempoh belajar bercakap dan mengumpul perkataan-perkataan dalam memory. Menghalang anak meniru percakapan akan membuatkan dia hilang minat untuk menyebut perkataan yang didengarnya.

 

  • Berbual

Teknik mudah yang boleh dipraktikkan sejak anak lahir. Kekerapan ibu ayah melayan anak berbual membuatkannya cepat bertutur. Dalam masa yang sama, dedahkan anak dengan penggunaan bahasa asing seperti arab, inggeris, jawa dan sebagainya.

 

  • Ajar sebutan yang betul

Elakkan daripada mengajar anak kita bercakap pelat. Ajar dia bercakap dengan cara sebutan yang betul.

 

cara-atasi-anak-lambat-bercakap-1

Ajarkan anak sebut perkataan dengan betul ­čÖé

 

  • Kata-kata negatif

Pendedahan kepada pelbagai bahasa negatif daripada persekitaran seperti orang sekeliling, televisyen dan sebagainya boleh membuatkan si kecil pandai menuturkan kata-kata yang kurang sesuai. Nasihatkan anak kita yang tidak tahu apa yang dituturkan itu.

 

  • Ajar perkataan positif

Beri dorongan kepada anak untuk bercakap bahasa yang sopan. Contohnya, ajar cakap “terima kasih”, “minta maaf” untuk semua perbuatan yang dia atau kita lakukan. Secara tidak langsung anak tahu penggunaan perkataan itu pada situasi yang bagaimana.

 

  • Pengulangan

Anak-anak kita┬ábukan belajar bercakap dalam masa sehari sahaja. Tetapi ibu ayah perlu rajin mengulang perkataan yang sama setiap hari. Lama-kelamaan dia akan pandai bertutur dengan sendiri. Yang penting ibu ayah tidak malas melakukan rangsangan ini. ­čÖé

 

 

Semoga bermanfaat,

KakCun

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge