6 Peranan Suami Disisi Isteri Ketika Dibilik Bersalin

 

Rasa contraction di bilik bersalin amat menyakitkan hingga menyebabkan Kak Cun semasa bersalin tak dapat lagi nak mengawal diri. Mujurlah ada suami yang membantu berikan kata-kata semangat dan urut-urut sikit. Sekurang-kurangnya suami Kak Cun tahu betapa sakitnya ketika saat nak bersalin.

Banyak peranan suami yang boleh dilakukan untuk isteri ketika di bilik bersalin. Sebagai seorang muslim, suami perlu bersedia untuk mengazankan atau igamatkan bayi sebaik saja dilahirkan. Buat si ayah kalau agak-agak cemas semasa di bilik bersalin, azan yang biasa dengar pun boleh hilang dalam kepala. Jadi blur.. 🙂

Menjadi seorang ayah dan ibu buat kali pertama memang rasa teruja. Tak dinafikan banyak peranan suami di bilik bersalin yang dapat membantu isteri dalam melancarkan proses bersalin. Peranan suami sebenarnya beri impak yang positif kepada isteri dari segi mental dan fizikal.

 

kepentingan-suami-dibilik-bersalin-3

Wajib suami ada di sisi, betapa sakitnya isteri.. 🙂

 

6 Peranan Suami Ketika Di bilik Bersalin

1- Berikan Urutan

  • Urutan boleh menyebabkan pelepasan hormon endorfin yang menjadi pelega sakit kontraksion yang sedang dialami. Ia juga mempu melegakan kesakitan dan mengurangkan kebimbangan isteri di peringkat pertama kelahiran. Urutlah pada bahagian bahu untuk membantu isteri rasa lega dan dapat bernafas secara teratur.
  • Kebanyakkan wanita akan merasai kontraksion kuat pada bahagian belakang. Maka urutan pada belakang juga amat membantu. Selain itu, urut kaki dari buku lali ke jari kaki atau buat lingkaran dengan ibu jari di seluruh tapak kaki. Urutan pada kaki juga membantu memanaskan kaki yang sejuk. Urutan tangan melibatkan pergelangan dan tapak tangan pula boleh menjadi sangat menenangkan.

 

2- Teknik pernafasan

  • Ingatkan isteri untuk bernafas dengan betul supaya kelahiran mudah dan lancar. Teknik pernafasan yang betul juga boleh mengurangkan kesakitan.

 

kepentingan-suami-dibilik-bersalin-2

Pegang tangan dan berikan kata-kata semangat.. 🙂

 

3-Aromaterapi

  • Jika boleh, suami boleh memasang minyak pati aromaterapi yang membantu menenangkan isteri yang bakal melahirkan. Sebagai contohnya lavender yang ylang ylang amat terkenal dengan sifat-sifat yang menenangkan. Yang pasti hospital kerajaan tak boleh buat macam ini rasanya..

 

4- Makan dan minum

  • Kebanyakkan hospital membenarkan isteri mengambil minuman semasa di bilik bersalin (bagi kelahiran berisiko rendah sahaja). Suami boleh membantu isteri beri minum air sedikit demi sedikit. Tindakan ini tentunya boleh melegakan kesakitan yang sedang dialami.

 

5- Membantu

  • Kebanyakkan suami tidak tahu tugas di bilik bersalin. Tak dinafikan ramai yang terkedu terutamanya bagi yang kali pertama. Jadi, sediakan kelengkapan pakaian bayi dari beg hospital yang anda bawa. Sekurang-kurangnya ada sumbangan yang suami berikan semasa isteri sedang bergelut dengan kesakitan.

 

kepentingan-suami-dibilik-bersalin-1

Bahagia melihat zuriat sendiri.. 🙂

 

6- Kata-kata semangat

  • Waktu menunggu tahap pembukaan serviks dan kontraksion yang dialami semakin hebat. Kata-kata semangat daripada suami tentu akan menyebabkan isteri lebih bermotivasi. Bagi muslim, boleh berzikir dan membaca ayat-ayat Al-Quran untuk menenangkan isteri. Berikan tangan untuk isteri genggam. Begitu juga semasa meneran, dorongkan isteri untuk meneran sehabis baik supaya si kecil mudah dilahirkan. Jika boleh, pangku isteri di katil semasa meneran jika dibenarkan pihak hospital.

 

 

Sharing is Loving, Kak Cun.. 🙂

Comments (1)
  1. papaglamz August 2, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge