6 Sebab Kenapa Berat Anak Makin Menurun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini suka Kak Cun kongsikan kepada anda semua tentang berat badan anak yang semakin menurun, sedangkan umur anak makin meningkat. Ini adalah pengalaman dari kawan-kawan Kak Cun yang selalu bercerita tentang anaknya yang berat badan susah nak naik.

Ini disebabkan bila usia anak 6 bulan ke atau 4 bulan ke, bayi kita akan diberi injection. Jadi doktor akan timbang bayi kita dan lihat berat bayi. Bila berat bayi naik dengan sedikit dan ini tidak memuaskan hati doktor..katanya kita tak pandai jaga pula. Biasa nurse yang marah.

Perasan tak waktu anak mula-mula dulu sangat tembam dan bersemangat tetapi sekarang makin susut. Mengikut kajian, si anak yang memiliki berat badan yang berlebihan berisiko untuk mendapat masalah jantung, kolesterol, tekanan darah tinggi pada usia dewasa.

 

berat-anak-makin-menurun-1

Anak kurus dan susah nak makan. Ibu yang risau.

 

Fahami 6 Sebab Si Anak Kehilangan Berat Badannya

Jadi ibu-ibu tak perlu lah bimbang, asalkan anak kita aktif, sihat dan tunjukkan perkembangan yang baik mengikut usianya. Paling poenting tiada menimbulkan sebarang masalah. Diantara sebab-sebab si anak hilang berat badan ialah:

 

  • Gerak geri anak semakin aktif – Apabila anak-anak semakin aktif, maka kadar metabolisme anak akan meningkat. Bukan itu saja ditambah pula si anak yang cerewet makan salah satu sebab berat anak akan menurun.

 

  • Kecacingan – cacing dalam perut juga punca sistem penghadaman anak tak efektif. Malah cacing dalam perut juga akan menyerap zat makan yang dimakan. Ibu perlu pantau dos pengambilan ubat cacing setiap 6 bulan sekali, hanya berusia 1 tahun keatas. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

 

berat-anak-makin-menurun-2

Pantau dos ubat cacing untuk anak

 

  • Keturunan – Latar belakang keluarga juga salah satu puncanya. Mungkin keturunan keluarga yang memang berbadan kecil dan kemungkinan ini juga buat si anak ikut bersaiz badan kecil.

 

  • Waktu Makan – Jarak masa yang lama akan menyebabkan tenaganya tidak stabil sehingga dia perlu menggunakan lemak dalam tubuh untuk ditukarkan kepada tenaga. Waktu makan yang sesuai ialah setiap 3 hingga 4 jam dengan pemberian snek antara waktu makan utama.

 

  • Banyak Ambil Cecair – Kalau si anak contohnya minum susu terlalu banyak akan menyebabkan si anak menjadi kenyang dan tak akan ambil makanan pejal dalam jumlah sepatutnya. Ini juga faktor berat badan anak menurun.

 

  • Pemilihan Makanan – Kadang anak tolak makanan bila waktu makan. Bukan itu saja sampai ada sayur tak nak makan dan jika anak-anak ambil makanan serat menyebabkan dia jadi kenyang yang lama. Ibu perlu pelbagaikan makan si anak supaya anak tidak bosan.

 

Berat-Anak-Makin-Menurun

Pening kepala mak-mak nak beri makan apa pada si anak..

 

Nasihat Kak Cun buat diri sendiri dan ibu-ibu diluar sana, jangan risau tentang anak kalau anak kurang makan. Asalkan anak minum susu, aktif atau ligat macam gasing. Itu semua normal sebab itu adalah proses tumbesaran anak-anak. Setiap anak berbeza-beza dan tak sama pun.

Anak kita kalau minum susu ibu tapi berat badan naik tak berapa cantik, ibu-ibu jangan pelik sebab itu normal. Anak yang minum susu ibu lebih kuat dari anak yang minum susu formula. Percaya lah.. 🙂

Anak kedua Kak Cun pun kurang makan nasi tetapi susu berbotol dia minta dan dia sangat aktif ligat macam gasing. Ya Tuhan ku, tambahkan lah kesabaran daku ini.. 🙂

 

Kita mak-mak sayangkan anak. Ikhlas dari hati.

Kak Cun

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge