7 Cara Menenangkan Bayi Yang Menangis

Mengetahui Cara Menenangkan Bayi Yang Menangis Dengan Mudah

Semua ibu akan menghadapi situasi ini kan? Yela Kak Ayu sendiri pun kadang-kadang pening kepala macam mana nak kasi anak diam ni. Macam-macam cara dah buat nak menenangkan bayi yang menangis kan?

Bagi ibu-ibu muda yang mungkin ingin tahu serba sedikit bagaimana cara menenangkan bayi yang menangis kan? Jadi Kak Ayu nak kongsikan sedikit tip-tip atau cara tenangkan bayi yang menangis. Atau ada orang panggil asik merengek je budak kecik ni.

Selain kita kenali jenis-jenis tangisan bayi, ibu-ibu juga perlu mengetahui cara untuk menenangkan bayi. Jom kita ikuti panduan mudah ini.. 🙂

cara menenangkan bayi yang menangis

 

Bagaimana Cara Menenangkan Bayi Yang Sedang Menangis?

 

Cara #1: Gerakan Pantas Dan Kecil

  • Bayi suka apa sahaja yang melibatkan gerakan tapi ia bergantung kepada bayi bagi menenteramkan bayi. Gerakan pantas dan kecil ketika bayi mengamuk manakala gerakan perlahan dan besar ketika bayi  telah bertenang.

 

Cara #2: Bunyian Yang Menenangkan

  • Bayi secara umumnya menyukai bunyi yang menenangkan yang dikenali sebagai “white noise”. Selain bunyi alunan muzik dan zikir, bayi gemar bunyi yang berdengung (humming) dan ‘low pitch’ (tidak nyaring) antaranya seperti bunyi vakum, pengering rambut dan pembasuh pinggan.

 

Cara #3: Tepukan Perlahan

  • Sambil dukungnya, anda tepuk-tepuk badan bayi anda. Ada yang tertidur jika ditepuk-tepuk.

 

Cara #4: Udara Segar

  • Cuba cari ruang yang lebih luas. Bawa bayi anda keluar dan ambil udara segar. Mungkin dia akan rasa lega dan tenang.

 

Cara #5: Bedung atau peluk erat

  • Bayi akan berasa selesa dan selamat apabila dibedung dan dipeluk erat. Kain bedung yang membalut bayi membuatkan dirinya berasa tenang seperti berada dalam kandungan ibunya.

 

Cara #6: Urutan

  • Bayi suka dirinya dibelai dengan lembut. Urut perlahan bayi anda. Gosok kaki dan badannya. Bayi akan berasa selesa. Ibu-ibu boleh cuba cara mudah ini.

 

Cara #7: Keluar Dengan Menaiki Kereta

  • Ada segelintir bayi akan berhenti menangis setelah menaiki kenderaan. Malah ada yang terus tertidur. Cara ini selalu Kak Ayu buat, kalau anak-anak menangis ajak masuk dalam kereta dan bawa pusing jalan-jalan. Peliknya terus diam dan sampai tertidur.. 🙂

 

[alert-announce]Best untuk dibaca: > Cara Merawat Eczema Bayi Sebelum Luka Melarat [/alert-announce]

 

Semoga info ini bermanfaat pada ibu-ibu semua, kongsikan dengan kawan-kawan lain jika anda rasa info ini berguna.. 🙂

— Sebarkan Kebaikkan —

 

Ayu Rosman

SMS / WhatsApp : 013 205 0607

FanPage FB: AyuRosman

SID : 915071

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge