7 Tanda Awal Kehamilan Yang Harus Diketahui

 

Assalamualaikum kepada para pembaca,

 

Semua wanita akan mengalami tanda awal kehamilan tetapi sedar atau tidak setiap orang akan mengalami tanda kehamilan yang berbeza-beza.

Macam saya tiada tanda kehamilan, selepasa 2 atau 3 bulan dah start dah morning sickness. Mabuk tak boleh gosok gigi waktu pagi dan tak boleh bau-bau orang tumis masakkan.

tanda awal kehamilan

Jadi hari ini saya nak kongsikan kepada ibu-ibu di luar sana atau pun bakal ibu-ibu baru tentang tanda-tanda awal kehamilan.

 

10 Tanda Awal Kehamilan

Tanda #1: Haid tidak datang

Bagi wanita yang baru berkahwin dan mempunyai kitaran haid yang teratur jika terlambat beberapa hari ada baik dapatkan pregnant test. Kebiasaannya memang hamil. Bagi yang kitaran haid tidak teratur jangan tergesa-gesa dapatkan pregnant test, tapi berjumpa doktor dan dapatkan nasihat dulu.

 

Tanda #2: Buah dada sakit

Kalau buah dada sakit itu sebenarnya tanda kehamilan yang biasa. Tisu pada buah dada adalah sensitif apabila progestron dalam badan meningkat selepas telur disenyawakan. Ia juga menjadikan isi padu dalam darah meningkat menyebabkan payudara membengkak dan rasa lebih berat dari biasa.

 

Tanda #3: Keletihan tahap melampau

Rata-rata ibu di awal kehamilan akan merasa letih dari biasa seperti kerap rasa nak tidur. Pada peringkat awal kehamilan memang macam itu kerana janin dalam rahim dah mula menggunakan kalori dan tenaga ibu.

 

Tanda #4: Loya

Kebanyakkan ibu yang baru hamil akan mengalami loya termasuklah saya akan rasa loya dan mabuk yang teruk. Biasanya loya atau mabuk akan terjadi pada trimester pertama, iaitu antara kandungan 1 hingga 3 bulan. Loya atau mabuk adalah gejala normal pada awal kehamilan.

 

Tanda #5: Sakit kepala

Minggu pertama kehamilan kemungkinan akan rasa kerap sakit kepala. Ini kerana jumlah darah dalam badan meningkat, anda hanya perlu bersabar kerana badan sedang menyesuaikan diri dengan tahap hormon yang tinggi.

 

Tanda #6: ‘Mood’ berubah

Oleh kerana hormon dalam badan mula berubah disebabkan hamil dan anda akan rasa keletihan yang teramat sangat, punca kepada perasaan yang tidak menentu. Yela, mungkin tengah loya, sakit kepala dan macam-macam lagi, perkara-perkara itu yang buat mungkin rasa nak marah.. ­čÖé

 

Tanda #7: Suhu badan meningkat

Pernah juga seorang sahabat saya mengalami demam panas pada permulaan hamil. Ini juga disebabkan badan kita tak biasa dengan perubahan hormon.

 

 

Semoga ia bermanfaat, sebarkan kebaikkan.. ­čÖé

Ikhlas,

Ayu_Rahayu

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge