8 Kesan Asap Rokok Pada Kesuburan Isteri

 

8 Kesan Asap Rokok Pada Kesuburan Isteri, Fakta Atau Auta?

 

Syukur Alhamdulillah pada ibu-ibu diluar sana yang memiliki suami yang tidak merokok. Kak Ayu pun turut bersyukur kerana suami Kak Ayu pun tidak merokok. Selain daripada bau asap rokok yang boleh bikin dada ni sesak, sebenarnya banyak kesan asap rokok kepada wanita terutama sekali kesan pada kesuburan isteri.

Jadi hari ini Kak Ayu nak kongsikan beberapa kesan asap rokok pada kesuburan isteri. Adakah ini fakta atau auta? Jom sama-sama kita renung-renungkan dan berfikir.. ­čÖé

kesan asap rokok pada kesuburan isteri

 

 

8 Kesan Asap Rokok Kepada Isteri Ingin Hamil

Pening kepala bau asap rokok suami yang sememangnya perokok tegar yang setia. Tapi betul ke asap rokok punca kepada susah nak hamil? Jawapannya ya. Sebab ia salah satu kepada penyumbang mendapat anak yang cacat atau pun susah nak hamil. Tapi bersyukur tau..kalau dapat suami perokok then anak-anak pun lahir dengan sihat. Itu tandanya tuhan masih nak beri peluang.. ­čÖé

Memang isteri memerlukan kesabaran yang tinggi jika mempunyai suami yang perokok. Kerana ego si suami menyebabkan mereka ni tak boleh menerima hakikat bahawa merokok menjadi punca kualiti dan kuantiti air maninya berkurangan. Sangat besar kesannya kepada sperma suami. Diantaranya:

 

  • Jumlah air mani dan bilangan sperma berkurang sebanyak 20 peratus.
  • Mengurangkan keupayaan sperma untuk berenang ke arah ovum wanita sebanyak 10 peratus.
  • Kelajuan dan keaktifan sperma berkurang lalu menyebabkan sperma menjadi lembab.
  • Mengurangkan jumlah sperma yang berbentuk normal.
  • Kecacatan sperma bertambah. Hal ini termasuk insiden coiled sperm (ekor sperma tersimpul antara satu sama lain) di samping bermacam kecacatan lain.
  • Kerosakkan DNA pada sperma sehingga menghalang proses persenyawaan.
  • Racun termasuk nikotin dalam rokok menyebabkan paras hormon pituitari menjadi tidak seimbang sehingga penghasilan hormon seks terjejas dan pembentukan sperma terganggu.
  • Bahan kimia dalam rokok mengurangkan nutrien penting dalam air mani termasuk ascorbic acid, zink, kuprum, superoxide dismutase dan lain-lain.

 

Kita semua dah tahukan, asap rokok ni kallau disedut oleh isteri adalah sama bahayanya dengan bahaya terhadap si perokok iaitu suami atau orang lain.

Ada laporan juga mendapati bahawa ia lebih merbahaya jika disedut oleh isteri dan orang sekeliling yang tidak merokok. Fakta menarik yang perlu diketahui ialah tahap kesuburuan isteri juga berkurangan akibat secondhand smoking ini. Aduh! Teruknya..

Kepada isteri yang masih belum ada baik pergi buat pemeriksaan dengan doktor terlebih dahulu untuk mengenal pasti punca anda lambat hamil.

Tapi walaubagaimana pun zuriat ini adalah pemberian dari-Nya, jadi kita sebagai hamba hanya teruskan usaha tanpa putus asa kan.. ­čÖé Insha Allah gembira menanti..

 

Sebarkan kebaikkan..semoga ia memberi manfaat kepada anda dan teman anda.. ­čÖé

 

 

Ayu Rosman

SMS / WhatsApp : 013 205 0607

FanPage FB: AyuRosman

SID : 915071

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge