8 Sebab Mengapa Anak Kecil Bangun Pada Tengah Malam

 

8 Sebab Mengapa Anak Kecil Bangun Pada Tengah Malam, Ibu Pula Menguap Tak Cukup Tidur

Mengantuk atau tak cukup tidur itu dah jadi lumrah bagi ibu-ibu yang ada anak kecil. Macam-macam sebab kenapa anak kecil kita bangun pada tengah malam.

Bangun tengah malam sebab nak susu lah, lampin basah sangat tak selesa lah, itu ini dan banyak lagi kan? Jadi ada beberapa sebab atau punca mengapa anak-anak kecil bangun pada tengah malam yang Kak Ayu nak kongsi sikit.

 

sebab anak bangun tengah malam _1

Selain itu cuma nak bagi ibu-ibu diluar sana untuk bantu memahami mengapa bayi kita ni kerap bangun pada waktu malam. Adakah ia kelaparan? Rasa tidak selesa? Sesuatu yang lain?

 

8 Sebab Kenapa Anak Bangun Tengah Malam

Sebab #1: Kelaparan

Bayi yang baru lahir perlu makan sepanjang masa, tetapi bayi yang dah besar sikit memerlukan satu (atau mungkin dua) penyusuan pada waktu malam. Bayi kelaparan di tengah malam itu perkara biasa.

 

Sebab #2: Lampin basah atau bocor

Bila lampin basah dan bocor dah semestinya bayi tak selesa. Jadi memang bayi akan terjaga, dengan tukar lampin barulah bayi selesa nak tidur kan?

 

Sebab #3: Terlalu panas atau sejuk

Bayi akan tidak selesa jika dia terlalu sejuk. Yang terbaik ialah mendapatkan suhu bilik yang optimum untuk tidur. Ibu juga perlu memakaikan anak dengan pakaian yang bersesuaian ya..

 

Sebab #4: Bayi baru nak tumbuh gigi

Bila bayi nak tumbuh gigi memang dia akan rasa kadang-kadang sakit. Memang bayi akan merengek saja, tidur pun boleh merengek. Mungkin sakit sangat agaknya. Bertabahlah wahai ibu demi membesarkan anak (pujuk diri sendiri..)

 

Sebab #5: Anak sakit

Dapatkan langkah-langkah pencegahan yang terbaik untuk bayi atau anak kecil dari mudah mendapat sakit contohnya macak bila anak demam. Sebab jika anak kita sakit, ibu ayah bersedialah untuk berjaga malam kerana bayi atau anak kecil akan kerap bangun.

[alert-announce]Best untuk dibaca: Tip Atasi Anak Sembelit Dengan Cara Semulajadi[/alert-announce]

 

Sebab #6: Tidur siang terlalu lama

Tidur waktu siang memang satu perkara yang baik tapi ini mungkin akan mengganggu tidur malam pula. Betul kan? Biasa Kak Ayu akan kasi anak main puas-puas dulu tapi tidur still kene tidur lah..then malamnya anak-anak memang tidur lena.. 🙂

 

Sebab #7: Mimpi / Mengigau

Kadang-kadang anak-anak jaga tengah malam juga disebabkan mimpi atau mengigau. Memang betul pun, kadang-kadang tu tiba-tiba saja nangis. Nak kene pujuk baru senyap.

 

Sebab #8: Keadaan bilik yang terang

Tidur dalam bilik terang sangat pun tak boleh, sebab buat anak jadi tidur tak selesa. Orang dewasa pun tidur nak gelapkan, sebab lebih selesa.

 

Kesimpulannya

Tak semuanya buruk kalau anak kita bangun tengah malam, contohnya jaga malam sebab nak menyusu. Anak bangun nak menyusu adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangannya yang sihat. Tetapi bangun malam berlebihan adalah kurang elok sebab anak-anak memerlukan tidur waktu malam yang cukup jika kurang tidur ia boleh meletihkan.

 

Semoga bermanfaat. Sebarkan kebaikkan.. 🙂

 

 

Ayu Rosman

SMS / WhatsApp : 013 205 0607

Like FB: AyuRosman

SID : 915071

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge