9 Kelebihan Ibu Yang Menyusukan Bayi

 

Ibu-ibu disarankan untuk menyusukan bayi secara ekslusif bagi tempoh enam bulan pertama selepas saja bayi dilahirkan. Kerana waktu enam bulan pertama ini tiada makanan yang lebih hebat selain susu ibu sebagai antibody kepada bayi. Ibu yang menyusukan bayi mesti tahu tentang ini.

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi percaya bahawa susu ibu itu lebih mudah, semulajadi, sumber khasiat dan penawar yang diberikan dengan penuh kasih sayang.

 

kelebihan_ibu_yang_menyusukan_bayi_1

 

Tetapi zaman serba maju ini realitinya semua orang sibuk dengan kerjayalah, kerja suri rumah lah, komitmen itu ini lah dan macam-macam lagi. Perkara-perkara tu semua boleh beri tekanan dari segi fizikal dan mental kepada ibu menyusu.

Tambah lagi komitmen bagi seorang ibu yang bekerjaya nak bagi komitmen pada bayi untuk disusukan. Besar pengorbanan seorang ibu, memang patut pun kita perlu hormati ibu kita.

 

Kelebihan Ibu Yang Menyusukan Bayi Mesti Ibu Tahu

Menyusukan bayi dengan susu ibu secara eksklusif dengan jayanya memberi banyak manfaat dan kelebihannya. Antaranya ialah:

  1. Bantu membakar kalori yang berlebihan.
  2. Bantu mempercepatkan pengurangan berat badan.
  3. Bantu mengembalikan rahim kepada saiz sebelum hamil.
  4. Bantu mengurangkan pendarahan rahim selepas bersalin.
  5. Bantu mengurangkan risiko diabetes pada masa akan datang.
  6. Bantu memperbaiki kawalan gula dalam darah dan kolesterol.
  7. Bantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  8. Bantu mengurangkan risiko kanser payudara.
  9. Bantu mengurangkan risiko osteoporosis.

 

Kalau ada kelebihan untuk ibu jadi ada juga kelebihan untuk si bayi. Antara kelebihan kepada bayi pula ialah :

  1. Bantu mengurangkan risiko bayi mendapat asma atau alahan.
  2. Dapat bantu elak terhadap sebarang penyakit dan jangkitan pada awal kehidupan.
  3. Dapat bantu mengurangkan kerosakan gigi apabila semakin banyak gigi tumbuh nanti.
  4. Dapat bantu lebih ke arah menjadi obes bila besar nanti.
  5. Bantu mendapat IQ yang lebih tinggi.

 

kelebihan_ibu_yang_menyusukan_bayi_2

 

Cabaran Ibu Yang Menyusukan Bayi Eksklusif Enam Bulan

Untuk menyusukan bayi eksklusi selama enam bulan bukanlah perkara yang mudah. Boleh dikatakan hanya 15% saja bayi disusukan secara eksklusif. Ini mungkin sebab ibu-ibu zaman sekarang berhadapan dengan banyak cabaran. Antara cabarannya ialah :

  • Ramai ibu yang baru melahirkan bayi tawar hati dan ada kalanya ada rasa putus asa sebab mereka fikir yang mereka telah gagal atas sebab tidak dapat menghasilkan susu secukupnya untuk bayi mereka.
  • Terdapat ibu-ibu yang takut untuk memulakan penyusuan kerana menjangka bahawa penyusuan susu ibu menyakitkan dan tak selesa.
  • Ada pula yang terlalu sibuk di tempat kerja dan terlalu penat apabila sampai di rumah. Lebih mudah memberi susu formula.
  • Kurang mendapat sokongan dari pasangan atau ahli keluarga dan kurang pendidikan tentang kepentingan penyusuan bayi.
  • Perahan susu ibu yang terlalu sedikit. Ada ibu-ibu yang rasa tak berbaloi habiskan masa berjam-jam dan tenaga nak pam susu dan akhirnya berhenti dari susukan bayi.
  • Rasa tak selesa bila menyusukan bayi di tempat awam.

 

Klik dan mari baca : Cara bagaimana untuk tambahkan susu badan ibu dengan cepat dan berkesan.

 

 

kelebihan_ibu_yang_menyusukan_bayi

 

Sumber : fitpregnancy.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge