Bayi Tolak Susu Ibu Perahan Dan Cara Atasinya

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sedih betul bila bayi kita tolak susu ibu. Pengalaman dari kawan yang bertanya tentang penyusuan pada Kak Cun, katanya bayi tolak susu ibu perahan macam mana nak buat.

Kisahnya dia menyusukan anak ketiga berumur 10 bulan. Masalahnya, anak dia tidak minum susu ibu perahan (SIP) yang beku. Dia hanya minum susu yang baru diperah atau sehari sebelum. Ketika di taska dia lebih rela minum air kosong apabila SIP habis untuk hilangkan dahaga. Ibunya pula tak mampu nak memerah kira-kira 24oz sehari untuk keperluannya di taska.

Menyusukan anak memang digalakkan buat semua ibu-ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif pada enam bulan pertama dan diteruskan sehingga usianya dua tahun. Pemberian makanan pelengkap pula hanya boleh dimulakan apabila bayi mencecah enam bulan. Dan penyusuan masih boleh diteruskan lebih daripada dua tahun.

 

bayi-tolak-susu-ibu-perahan

Sabar..kerenah anak tak nak minum susu ada sebabnya.

 

Makanan Tambahan Buat Bayi Kurang Minum SIP

Apabila bayi membesar dan mula diperkenalkan makan tambahan apabila mencecah umur enam bulan, penghasilan susu akan berpadanan dengan permintaan atau pengambilan bayi ketika itu. Keperluan bayi untuk nutrien pada peringkat umur ini boleh dilengkapkan dengan pemakanan keluarga. Ini merupakan proses semula jadi.

Apabila bayi mengambil lebih makanan maka tidak hairanlah jika permintaan untuk susu berkurangan. Ini secara langsung akan mempengaruhi penghasilan susu juga. Oleh itu, tidak perlu risau sekiranya bayi tidak meminum susu perahan tetapi mengambil air kosong atau minuman lain ketika di taska.

Yang penting teruskan penyusuan secara terus apabila bersama bayi di rumah di samping berikan dia pemakanan yang seimbang dan pelbagai.

 

bayi-tolak-susu-ibu-perahan-1

makanan tambahan perlu buat anak

 

Cara Penyimpanan SIP

Bayi tolak susu perahan mungkin disebabkan oleh rasanya yang mungkin berbau atau masam. Semak semula cara penyimpanan susu kerana mungkin ia menyebabkan susu berubah rasa.

  • Bekas penyimpanan – Baiki semula cara simpanan SIP. Pastikan ia kedap dan tidak bocor. Material terbaik ialah kaca atau plastik polyproplene atau polybutylene gred makanan. Beg plastik tidak boleh mengekalkan nutrien dan kandungan antibodi sebaik kaca. Simpan dalam botol plastik atau kaca dan lihat perbezaannya samada anak minum SIP atau tak.

 

  • Elak bau diserap – Pastikan semua bekas simpanan SIP tertutup rapat supaya ia tidak menyerap bau di dalam peti sejuk. Selain kerap membersihkan peti sejuk, letakkan sebekas baking soda supaya bau kurang menyenangkan di dalamnya diserap.

 

  • Belakang – Pastikan SIP disimpan di bahagian belakang bahagian pembeku peti sejuk dan bukannya di bahagian depan atau bahagian pintu kerana ia kurang sejuk.

 

  • Suhu – Periksa suhu peti sejuk dan pastikan ia cukup sejuk untuk membekukan SIP. Sekiranya ais krim boleh membeku di dalamnya, ia bermakna peti sejuk tersebut mempunyai suhu yang baik.

 

Semoga sedikit info ini dapat memberi pengetahuan dan dapat bantu perbaiki diri sendiri. Anda boleh sharing info ini kepada ibu-ibu yang lain dan semoga ia bermanfaat..

 

 

Ihklas,

Kak Cun 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge