Betul Ke Cara Mencegah Penyakit Ini Doktor?

Cara Mencegah Penyakit Yang Telah Di Olah Dari Seorang Doktor

Saya ada sembang-sembang dengan beberapa doktor senior. Sebenarnya doktor-doktor ini sangat menyokong ‘mencegah lebih baik dari mengubati’. Mereka sangat berhati-hati semasa memulakan ubat sebab tahu setiap ubat ada kesan sampingan tersendiri. Kalau boleh, mereka nak paksa pesakit-pesakit ubah gaya hidup, makan yang seimbang, bersenam dan berhenti merokok.

Dan menggalakkan ujian saringan berkala. Termasuk cek tekanan darah, paras gula, kolesterol, pemeriksaan payudara sendiri dan lain-lain. Tetapi sedar tak sedar sebenarnya ini bukan kaedah pencegahan. Sebab mencegah itu bukannya maksud tak nak bagi wujud. Tetapi kalau penyakit itu dikesan pada peringkat awal pun, bukan kah bermaksud penyakit tu dah ada?Jadi, adakah tu maksudnya mencegah?

Landmark study dijalankan untuk bandingkan orang yang makan vitamin Shaklee, vitamin jenama lain dan tak makan vitamin langsung. Dan keputusannya ternyata vitamin Shaklee mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik, malah tahap kesihatan orang tak makan vitamin adalah lebih baik daripada orang makan vitamin brand lain.

Jadi, makanan tambahan adalah salah termasuk dalam salah 1 cara mencegah penyakit, tetapi bukan dengan vitamin Sheklee lah. Bagaimana kekurangan nutrisi boleh menyebabkan penyakit kronik ataupun disebut degenatif.

Bayangkan badan kita adalah bangunan 300 tingkat. Untuk maintenance bangunan sebesar tu mestilah perlukan banyak tenaga kerja.

Masa awal-awal ok lah, ramai pekerja. Lama-lama company tak cukup nak bayar gaji. Kalau dah tak ada gaji takkan nak kerja lagi kan? Mula-mula dia orang mogok. Masih ada di situ, bila ada duit dia kerja balik. Tetapi bila lama-lama tak dapat duit, dia orang pun lari lah.

Kalau dah bangunan 300 tingkat, pekerjanya dah kurang, macam mana nak maintain dan kerja dengan produktif?

Macam itu lah juga bila kurang zat/vitamin. Sel kita perlukan vitamin tertentu untuk berfungsi. Kalau berkurang, itu yang dia pun tak boleh bekerja dan tentulah fungsinya dah tak sama dengan bilangan sel yang normal.

Penyakit-penyakit kronik ini bukanlah terjadi kepada orang tua kerana dia dah tua dan patut ada penyakit, tetapi terjadi kerana banyak sel yang dah rosak. Dan kini penyakit-penyakit ini makin meningkat pula dikalangan orang muda. Dah kenapa orang muda?

Bangunan 300 tingkat = badan kita, pekerja = sel2 badan, duit = vitamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge