Kenapa Kerap Anak Demam Panas? 7 Tip Cara Atasinya

 

Tip Mudah Atasi Anak Demam Panas

Teringat Kak Ayu masa anak pertama dulu, anak mesti demam panas sebulan sekali. Kalau tak demam panas memang tak sah. Waktu tu hati ibu mana yang tak susah tengok anak tak sihat, resah gelisah kan? Dalam keadaan kritikal macam tu macam-macam kita akan lakukan untuk atasi anak demam panas, terutama sekali untuk turunkan suhu badan si anak.

cara atasi anak demam panas _3

Kenapa Kak Ayu katakan keadaan kritikal? Sebab sebagai ibu yang bekerja mesti terpaksa ambil urgent leave untuk jaga dan pantau anak atau perlu bawa ke klinik. Kadang-kadang tu tengah malam suhu badan anak panas sangat, ada juga sampai anak muntah-muntah atas katil. Semua tu Kak Ayu pernah lalui dan anda juga mungkin pernah kan?

Jadi hari ini Kak Ayu nak kongsikan apa yang menyebabkan anak Kak Ayu yang dulu kerap demam panas tapi sekarang Alhamdulillah jarang-jarang sekali anak demam panas. Tapi sebelum tu Kak Ayu nak kongsi sedikit info tentang kenapa kerap anak demam panas? dan apakah puncanya?

 

Kenapa Kerap Anak Demam Panas? Apa Puncanya?

Dalam proses anak nak membesar, bayi kecil mudah terdedah dengan gangguan kuman dan bakteria. Serangan kuman ini yang menyebabkan bayi mudah terjangkit dan demam.

Pada usia anak mula merangkak itu perkara biasa jika apa saja ada depan mata si anak akan ambil dan masuk ke mulut. Bersih atau kotor kita tidak tahu. Perasan tak peringkat umur 1 – 2 tahun anak juga mula hisap jari, jika jari basah mudah kuman hinggap.

 

Tip Mudah Atasi Anak Demam Panas

Tip #1: Sentiasa sukat suhu badan anak

Pastikan setiap rumah mesti kene ada termometer untuk check suhu badan anak. Tak kisah jenis apa pun ikut bajet anda, asalkan ia dapat check suhu panas badan anak.

Suhu yang normal adalah 36.7 – 37 celcius. Jika suhu 38 celcius keatas ibu kene cari jalan atau iktiar untuk turunkan suhu panas anak. Amat bahaya jika dibiarkan saja, kesannya anak boleh cacat kekal atau sebagainya.

cara atasi anak demam panas _4

 

Tip #2: Tuam kain basah di kepala dan seluruh badan

Cara ini biasa kita lakukan bila anak demam panas. Ambil kain bersih, basahkan dengan air paip dan perah. Sapukan atau tuam kain basah di kepala dan seluruh badan, jangan lupa di bahagian pelipat seperti ketiak anak mesti kene tuam kain basah juga.

Jika masih tak turun suhu badan, cepat-cepat mandikan anak dengan basahkan bahagian kepala dan badan sedikit. Biarkan bahagian kepala terasa sejuk sedikit.

Ini penting sangat, elakkan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal. Biarkan anak dengan pakaian yang nipis untuk elak haba terperangkap dalam baju.

cara atasi anak demam panas _5

 

Tip #3: Bancuh Air Asam Jawa

Mengikut petua mak-mak dulu, mereka akan akan bancuhkan asam jawa dengan pekat. Dan dilumurkan di dahi anak, kepala, badan dan tempat-tempat lain untuk keluarkan haba dalam badan.

Kak Ayu pernah amalkan dulu untuk anak pertama dan Alhamdulillah serba sedikit ia memang membantu kurangkan suhu badan anak. Setiap kali sapuan jika kering, sapukan sekali lagi hingga suhu nampak kurang.

cara atasi anak demam panas _6

 

Tip #4: Jangan Biarkan Perut Anak Kosong

Anak kalau demam memang tak ada selera makan, kadang-kadang tak nak makan langsung. Ibu-ibu boleh buatkan bubur untuk anak, atau beri biskut lembut yang mudah dimakan. Berikan makanan yang lembut untuk elak menyakitkan tekak.

Mengikut nasihat doktor boleh berikan aiskrim vanilla untuk mengurang sakit tekak, sebab bila anak demam panas tekak juga jadi panas. Jadi cara ini untuk mengurangkan suhu panas.

cara atasi anak demam panas _7

 

Tip #5: Kerap Minum Air Masak Atau Susu

Kebiasaannya bila anak demam panas air dalam badan akan berkurangan. Ibu-ibu jangan biarkan anak tak minum air langsung, berikan air masak atau susu formula yang biasa anak minum. Kekurangan air dalam badan menyebabkan demam lambat baik.

Jangan biarkan anak tak minum air langsung sebab bila badan kering dengan air, anak akan mudah dapat sawan atau sakit lain yang kronik.

Dan paling baik adalah berikan susu badan ibu, susu ibu adalah susu yang terbaik sebagai antibodi anak menentang penyakit dalam badan. Kerap menyusukan anak membantu turunkan susu badan. Jika anak dah besar sedikit boleh berikan air kelapa, air bali, atau sup-sup untuk tambah energy dalam badan.

cara atasi anak demam panas _8

 

Tip #6: Berikan Suplemen Vitamin Kanak-kanak

Masih ramai ibu-ibu yang tidak tahu dan takut-takut nak berikan suplemen vitamin untuk anak-anak. Jangan risau sebab ia tidak mendatang kesan negative untuk jangka masa panjang atau pendek, malah kesannya anak anda akan jarang-jarang sekali demam panas. Dengan syarat bergantung kepada kualiti produk itu sendiri.

Apa yang Kak Ayu amalkan hingga sekarang untuk anak ialah berikan suplemen Meal Shake dan juga Omega Guard.

Meal Shake – berbentuk serbuk berperisa vanilla, hanya campur sedikit ke dalam susu anak dan beri anak minum susu yang dicampur Meal Shake setiap hari. Meal Shake boleh diambil untuk anak yang berusia 6 bulan keatas.

Omega Guard – berbentuk soft gel ia berasal dari minyak ikan. Jika anak tak boleh telan, pecahkan ia dan masukkan ke dalam susu anak.

cara atasi anak demam panas _9

 

Tip #7: Berdoa

Doa seorang ibu sangat mustajab. Sebagai manusia lemah kita tak boleh lupa untuk berdoa mengharapkan bantuan dari Tuhan yang Esa. Kerana Dia yang memberi sakit dan menyembuhkan. Berdoa, berusaha dan bertawakal adalah kunci yang perlu ada dalam diri seorang ibubapa. InsyaAllah.

cara atasi anak demam panas _10

 

 

Kelebihan Meal Shake Dan Omega Guard

Meal Shake dan Omega Guard ini adalah dari brand Shaklee. Setiap produk keluaran Shaklee adalah selamat, berkesan dan semulajadi. Tiada campuran bahan kimia atau paraben. Setiap tahun ujian klinikal dijalankan bagi setiap produk Shaklee. Kelebihan Meal Shake dan Omega Guard ialah:

  • Dapat elak anak dari kerap demam panas ke jarang-jarang demam
  • Dapat elak anak ada masalah semput/asma, ia boleh mengurang dan merawat asma/semput
  • Omega Guard membantu anak menjadi bijak
  • Dapat meningkatkan tahap imunisasi anak

cara atasi anak demam panas

 

Testimoni Pengguna Meal Shake Dan Omega Guard?

Testimoni #1

cara atasi anak demam panas

 

Testimoni #2

cara atasi anak demam panas

 

Testimoni #3

cara atasi anak demam panas

 

Testimoni #4

cara atasi anak demam panas

 

 

Harga Bagi Set Cegah Anak Demam Panas

Harga dan kualiti produk ini sangat berbaloi dan ia mampu milik tidak terlalu mahal. Malah ia jimat kerana penggunaanya sehingga 3 bulan, tak perlu dibeli setiap bulan tapi 3 bulan sekali. InsyaAllah.

  • Meal Shake – RM120.58 : berbentuk serbuk 544gram berperisa vanilla
  • Omega Guard – RM144.16 : dalam 1 botol terdapat 90 biji berbentuk sofgel

Total : RM264.74

 

cara atasi anak demam panas _1

 

 

Anda boleh hubungi Kak Ayu melalui WhatsApp 012 205 0607 untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Tak Rugi jika anda mencuba sebab ia memang berkesan dan ia terbukti. Berkesan pada anak-anak Kak Ayu dan ibu-ibu lain juga.

Jangan biarkan anak-anak terus sakit dan tak ceria, anda juga sedih dan susah hati melihat anak-anak sakit bukan? Jangan biarkan anda terpaksa cuti kerja kerana anak demam, cuti pula makin habis kan? Ini bagi ibu bekerja..

Pastikan anak anda jangan sampai demam kritikal hingga kene tahan hospital dan kene masuk air. Langkah mudah dapatkan Meal Shake dan Omega Guard sebagai vitamin anak-anak anda, untuk kesihatan jangka masa panjang.

Jangan tunggu lagi! Dapatkan sekarang.. 🙂

Semoga perkongsian ini memberi banyak manfaat untuk anda.. 🙂

 

 

Ayu Rosman

SMS / WhatsApp : 013 205 0607

FanPage FB: AyuRosman

SID : 915071

 

Daftar Ahli _1

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge