Homestay Di Bandar Mahkota Cheras Cantik Hingga Terpukau

 

Selesai sudah team building yang dianjurkan oleh bisnes leader Shaklee kami iaitu selama 2 hari 1 malam. Buat pertama kalinya aktiviti ini dilakukan di sebuah rumah homestay hingga bermalam bersama, makan bersama, tidur bersama dan belajar serta berkongsi ilmu bersama.

 

homestay-di-bandar-mahkota-cheras-1

 

Team building ini dihadiri oleh 9 leader yang hebat-hebat, nampak sikit tak ramai tetapi apa yang penting objektif tercapai dan dapat lebih fokus dengan kuantiti orang yang sedikit untuk bina bisnes lebih success.

 

Terpukau Dengan Homestay Di Bandar Mahkota Cheras

Selain dari point penting yang telah dibentangkan dan dikongsikan bersama di dalam team building ini, Kak Cun sebenarnya nak kongsikan sebuah homestay yang cantik sangat di Bandar Mahkota Cheras ini. Iaitu homestay tempat kami jalankan aktiviti team building.

Pertama kali bila masuk ke pintu pagar homestay ini ruang parking dan halamannya sangat kemas dan bersih dijaga. Sedap mata memandang.

 

homestay-di-bandar-mahkota-cheras-2

 

Bila masuk ke dalam rumah pula terdiam dan terpukau dengan susun atur alat perabot ala English Style. Bukan itu saja Kak Cun terpukau dengan warna dinding yang ceria iaitu warna biru dan putih.

Living room sangat selesa tak banyak perabot dan luas sesuai untuk kami duduk bersidang dan berbincang antara satu sama lain. Homestay ini dua tingkat, ruang bilik tidur di tingkat atas saja.

 

Homestay Bandar Mahkota Cheras Cukup Dengan Kelengkapan

Keadaan homestay yang serba serbi lengkap ini buat kami semua sangat selesa, ia bersih dan juga kemas. Complete dengan:

  • Mesin basuh baju
  • Dapur untuk memasak
  • Alat untuk memasak dan makan
  • Water filter
  • Peti ais
  • TV
  • Air cond di setiap bilik

Homestay teres 2 tingkat ini ada 3 bilik tidur dan 3 bilik air. Beberapa gambar Kak Cun kongsikan untuk tatapan anda.

Sangat berbaloi jika menyewa di Homestay Bandar Mahkota Cheras ini. Nama homestay ini diberi nama Adelia’s Homestay. Sangat-sangat murah, boleh klik sini Adelia’s Homestay┬áuntuk lebih detail.

Sangat enjoy dan rasa nak stay lebih lama lagi. Tak rugi tau, berbaloi. Untuk rasa lebih puas hati, Kak Cun kongsikan beberapa gambar sekali.. ­čÖé

 

homestay-di-bandar-mahkota-cheras-3

 

homestay-di-bandar-mahkota-cheras-4

 

homestay-di-bandar-mahkota-cheras-6

 

homestay-di-bandar-mahkota-cheras-7

 

 

homestay-di-bandar-mahkota-cheras-8

 

homestay-di-bandar-mahkota-cheras-11

 

homestay-di-bandar-mahkota-cheras-12

 

homestay-di-bandar-mahkota-cheras-13

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge