Langkah Serta Cara Basuh Dan Tanam Uri Bayi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Suka sangat hari ini Kak Cun nak kongsikan tentang topik ini iaitu topik berkaitan dengan cara basuh dan tanam uri bayi. Topik ini penting untuk bakal ibu dan ayah tahu. Bila bayi lahir saja mestilah berserta dengan uri. Nak uruskan uri macam mana ya?

Begitulah tertanya-tanya suami Kak Cun suatu ketika dulu. Suami Kak Cun mesti akan rujuk dengan mak dia lah, anak pertama sudah tentu tak ada pengalaman cara nak basuh dan tanam uri bayi.

Dalam islam tak ada di jelaskan dengan terperinci cara nak basuh dan tanam uri bayi ini. Cuma perlu kita cuci dengan bersih untuk hilangkan hanyir dan di tanam dengan baik.

langkah serta cara basuh dan tanam uri bayi

uri penting untuk bayi untuk mendapatkan zat mineral

 

Fungsi Uri Kepada Bayi

Sebelum itu Kak Cun nak cerita sikit tentang uri. Apa itu uri dan apa fungsinya kepada bayi? Uri ini ialah bahagian yang penting untuk menghubungkan bayi dan si ibu. Uri sebagai tempat menyalurkan keperluan kepada bayi untuk mendapatkan bahan zat mineral seperti karbohidrat, protein, kalsium dan ferum yang disalurkan kepada bayi melalui aliran darah.

Oksigen pun disalurkan kepada bayi melalui uri. Uri juga bertindak sebagai paru-paru sebab uri boleh memindahkan oksigen dari darah ke bayi dan karbon dioksida daripada bayi ke ibu.

Dalam uri juga terdapat cecair yang biasa orang panggil air ketuban. Fungsi air ketuban untuk menghalang atau menyerap gegaran atau hentakan tanpa menjejaskan keadaan bayi. Pentingnya uri sebagai menghalang sebarang serangan kuman dari terus terkena bayi.

langkah serta cara basuh dan tanam uri bayi

uri anak kak cun yang ketiga, hijau tu plastik

 

Langkah Cara Basuh Dan Tanam Uri Bayi

Langkah mencuci dan menanam uri mudah saja. Hanya perlu sedia garam, air asam jawa, kain dan cangkul untuk korek tanah. Cara basuh dan tanam uri bayi seperti berikut:

  • Selepas saja bayi dilahirkan uri akan menyusul keluar juga. Jika uri itu nak ditanam esoknya perlulah di simpan didalam peti sejuk untuk elak dari uri itu membusuk.
  • Kebiasaannya doktor akan masukkan uri ke dalam beg plastik. Jadi keluarkan uri dari plastik dan basuh uri diatas air yang mengalir. Cuci hingga bersih dari darah. Mulakan mencuci dengan bismillah.
  • Uri perlu dibasuh dengan garam dan asam jawa. Lumur garam dan asam jawa dengan sekata dan kemudian dibilas dengan air bersih lagi. Tujuan guna garam dan asam jawa adalah untuk elak bau hanyir.
  • Selepas basuh uri dengan bersih boleh juga diperahkan sedikit limau nipis untuk mengharumkan dan elak hanyir.
  • Kemudian masukkan uri tadi dalam plastik yang mudah reput. Letakkan pula keatas kain putih empat segi dan ikat uri seperti bunjut. Kalau kain warna lain pun boleh.
  • Sediakan lubang tanah sedalam 2 kaki atau lebih, tujuan supaya elak binatang kesan bau dan korek atau kais pula nanti.
  • Eloklah baca bismillah dan selawat semasa menanam dan timbuskan semula dengan tanah.
  • Lagi elok jika letakkan batu besar di atas tanah yang ditimbus tadi sebagai tanda. Itu untuk permulaan saja sebab nak elak ayam atau binatang lain korek tanah.
langkah serta cara basuh dan tanam uri bayi

contoh uri yang telah ditanam dan diletakkan batu

 

Mudah saja kan langkah nak menguruskan uri. Boleh lah topik ini menjadi manfaat dan pengetahuan buat si ayah. Ye la, siapa lagi nak tanamkan uri anak sendiri kan? Takkan bapa mertua pula. Oh ya, encik suami pesan tak perlu nak tanam sekali dengan pensil atau kertas atau paku atau sebagainya. Itu khurafat nanti akidah melayang.

Jika anda rasa topik ini memberi manfaat kepada orang lain, sila kongsikan kepada mereka.. 🙂

 

 

Comments(2)
  1. Solehah Khidir October 16, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge