Menu Orang Demam, Resepi Ikan Bilis Masak Air Asam

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

 

Resepi ikan bilis masak air asam ini ialah masakan turun temurun dari ayah saya. Kemudian diturunkan kepada emak dan sekarang sampailah ke saya.

Mengikut cerita ayah kawannya yang kongsi menu resepi ini. Waktu ayah bujang tinggal serumah dengan kawannya. Ketika itu ayah demam dan kawannya yang masak menu ini. Sangat berselera katanya kalau dimakan dengan nasi panas.

menu-orang-demam-resepi-ikan-bilis-masak-air-asam-8

 

Resepi Ikan Bilis Masak Air Asam, Kenapa Menu Orang Demam?

Biasanya orang demam tak ada selera nak makan, betul tak? Jadi menu ini kalau orang demam makan pasti rasa terbuka selera sebab sedap rasanya sampai hirup kuah macam sup.

Tapi lain pula saya, saya akan masak menu ini bila-bila masa saya nak. Begitu juga dengan suami, dah jadi menu kegemaran suami pula. Kadang-kadang suami request minta masakkan.

Rasanya yang agak pedas-pedas, masam-masam dan cukup rasa buat kami sekeluarga tak jemu-jemu dengan menu ini. Lagi-lagi kalau air tangan mak yang masakkan. Hirup sampai licin mangkuk.

 

Bahan-bahan Resepi Ikan Bilis Masak Air Asam

  1. Cili 10 batang atau lebih.
  2. Bawang besar sebiji.
  3. Ikan bilis besar siap kopek segenggam.
  4. Telur 3 biji (boleh tambah atau kurang ikut suka)
  5. Air asam jawa semangkuk.
menu-orang-demam-resepi-ikan-bilis-masak-air-asam

bahan-bahan resepi ikan bilis masak air asam

 

Cara Menumis Resepi Ikan Bilis Masak Air Asam

 

Langkah 1 : Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Dah panas masukkan bawang dan cili yang siap dihiris. Kemudian masukkan sekali dengan ikan bilis.

 

menu-orang-demam-resepi-ikan-bilis-masak-air-asam-2

 

Ini rupanya bila cili, bawang dan ikan bilis ditumis sekali. Tunggu sekejap hingga garing sikit dan naik baunya.

 menu-orang-demam-resepi-ikan-bilis-masak-air-asam-3

goreng sekejap hingga naik bau

 

Langkah 2 : Dah naik bau, kemudian masukkan air asam jawa. Kalau nak banyak kuah masuk lebih.

 

menu-orang-demam-resepi-ikan-bilis-masak-air-asam-4

air asam jawa ikut masing-masing, nak banyak kuah boleh nak sikit kuah pun boleh.

 

Langkah 3 : Masukkan garam sikit jangan banyak sebab air asam jawa dah masam.

 

menu-orang-demam-resepi-ikan-bilis-masak-air-asam-5

garam jangan banyak sangat.

 

Langkah 4 : Dah gelegak masukkan telur 1 demi 1. Kacau perlahan dengan hati-hati, pecah pula telur..nanti tak cantik. Telur masak cantik, dah siap..tutup api.

 

menu-orang-demam-resepi-ikan-bilis-masak-air-asam-6

terakhir masukkan telur.

 

Menu simple dan sempoi macam semudah masak maggi. Menu orang demam siap dan boleh hidang makan bersama nasi panas.. 🙂

menu-orang-demam-resepi-ikan-bilis-masak-air-asam-7

Menu orang demam dah siap dihidang untuk makan.

 

p/s: Jika demam tak perlu kita bergantung kepada ubat sepenuhnya. Tetapi kita boleh cegah dengan amalkan vitamin yang semulajadi. Jaga diri sendiri, jaga keluarga.. 🙂

 

 

Comments (1)
  1. Jida July 31, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge