Panduan Ibu Memilih Baju Bayi

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setiap kali hamil atau pertama kali hamil perkara yang paling mengujakan bakal ibu bapa ialah mengenai pakaian bayi. Termasuklah Kak Cun sendiri memang excited sangat beli baju baby sebab baju baby cantik semuanya. Dengan macam-macam rekaan dan jenama yang ada di pasaran, mungkin kita tertanya-tanya nak pilih yang macam mana ya?

Tetapi ingat ya jenama yang popular tak semestinya lebih berkualiti daripada produk yang kurang terkenal. Paling penting kita tahu menilai kualiti. Contohnya kain jenis kain kapas 100%, dari kekemasannya dan dari rekaannya.

Paling penting pastikan kita memilih sekurang-kurangnya satu saiz lebih besar berbanding saiz sebenar bayi. Baju yang longgar akan memberikan keselesaan untuk bayi. Lebih-lebih lagi bayi akan cepat membesar. Jadi, pakaiannya boleh digunakan lebih lama.

panduan-ibu-memilih-baju-bayi-6

Padankan saiz yang lebih besar dari bayi.. ­čÖé

 

Pilih Baju Bayi Dari Kain Kapas

Baju untuk bayi baru lahir sebaiknya diperbuat daripada 100% kain kapas (cotton). Bacalah label di tengkuk baju atau di mana-mana ia dilabelkan. Jida sudah tidak ada pilihan, barulah pilih baju yang mempunyai campuran poliester. Apa-apa pun belilah yang nipis atau sedikit jarang untuk membolehkan peredaran udara pada kulit bayi.

Baju perlu nipis dan berkain kapas untuk mengelakkan peluh berkuap dan akan basahkan kulit serta baju. Kalau keadaan ini terus berlarutan, kulit bayi akan jadi ruam dan gatal. Lebih teruk kalau berlaku geseran hingga melecet.

panduan-ibu-memilih-baju-bayi-2

Baju bayi memang cantik, rambang mata jadinya.. ­čÖé

 

Pilih Baju Bayi Kerana Kekemasannya

Periksa kemasan pada jahitan. Pastikan tak ada gumpalan benang atau benang yang keras (nilon). Potongannya juga perlu sesuai misalnya leher yang luas dan pinggan seluar yang lebih memberi (getah leih panjang atau elastik).

Ada dua sebab kita perlu fikirkan hal ini kerana sesetengah pengeluar cuba mengurangkan kain dengan membuat pinggang seluar atau cawat seluar yang lebih kecil. Sebab kedua ialah mungkin perut bayi lebih buncit dan pahanya besar sedikit berbanding bayi biasa.

Yang paling penting pastikan kita memilih sekurang-kurangnya satu saiz lebih besar berbanding saiz sebenar bayi. Pakaian yang longgar akan memberikan keselesaan untuk bayi. Lebih-lebih lagi bayi akan cepat membesar. Bolehlah baju-baju bayi dipakaikan lebih lama.

panduan-ibu-memilih-baju-bayi-3

Ibu mesti fikirkan keselesaan bayi.. ­čÖé

 

Pilih Baju Bayi Ikut Rekaan Yang Sesuai

Pakaian sepasang (two pieces) adalah yang terbaik untuk cuaca di Malaysia ini sebab ia boleh dipakai secara berasingan. Ramai ibu yang hanya memakaikan bayi baju dan lampin sahaja pada waktu siang. Sudah menjadi kebiasaan ibu di Malaysia membeli baju lebih banyak berbanding seluar.

Bayi akan rasa sangat selesa berbanding jika memakai pakaian penuh seperti romper berlengan dan berkaki panjang. Romper penuh hingga ke kaki sebenarnya hanya sesuai untuk cuaca sejuk atau menggunakan sistem penghawa dingin setiap masa.

Kalau kita teringin melihat anak memakai romper, belilah sehelai dua. Jangan memilih pakaian yang berbutang besar atau ada hiasan timbul seperti manik dan sebagainya. Bayi mungkin terasa sakit atau terluka ketika kita cuba menyarung atau membukanya.

Elakkan pakaian tebal dan berbulu walau pun ia nampak comel dan anak kita kelihatan seperti biri-biri di padang. Bayi akan cepat berpeluh dan menyebabkan gatal-gatal pada tubuhnya.

 

 

 

Sharing is Loving,

Kak Cun ­čÖé

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge