Pengalaman Dan Tip Atasi Kaki Kejang Ketika Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pengalaman Kak Cun sendiri semasa mengandung anak pertama sangat bermakna ada pahit ada manis, semua orang pun mesti macam itu. Dari pengalaman itu Kak Cun dapat juga ilmu baru untuk dikongsikan dengan semua orang.

Topik ringkas hari ini yang Kak Cun ingin kongsikan ialah masalah kaki kejang ketika hamil. Isu kaki kejang kebiasaannya memang ibu-ibu mengandung akan alami, Kak Cun sendiri tak terlepas dari masalah itu ketika mengandung anak pertama dulu.

Waktu itu usia anak dalam kandungan sudah pun mencecah 8 bulan. Waktu itu juga Kak Cun tak banyak membaca cuma banyak tanya doktor. Masalah kejang kaki semasa hamil itu perkara biasa kata doktor.

tip atasi kaki kejang ibu mengandung

kaki kejang bagi ibu yang mengandung adalah normal

Kebiasaannya Kak Cun bila kaki kejang ialah waktu malam ketika sedang tidur antara pukul 2 atau 3 pagi. Dan sudah menjadi kebiasaan juga suami Kak Cun bantu urutkan kaki dengan minyak panas. Syukur Alhamdulillah ada yang membantu.

Kak Cun berfikir mungkin waktu tidur kalau kita pakai stokin dan kurangkan suhu penghawa dingin akan dapat elak dari kaki kejang waktu tidur. Punca terlalu sejuk mungkin penyebabnya. Tetapi sama saja, kejang kaki tetap Kak Cun kene.

 

Akibat Bila Kaki Kejang Dan Puncanya

Keesokan hari bila bangun tidur mesti kaki akan sakit nak berjalan. Sebab sakit jadinya jalan pun perlahan saja. Terasa urat bahagian betis tegang sangat. Selain dari berjalan nak buat aktiviti lain pun terbatas. Contohnya macam nak solat terpaksa solat duduk, waktu itu nak sujud pun dah sakit kaki tak boleh bengkok.

suami prihatin yang membantu

suami prihatin yang membantu

Punca terjadinya kaki kejang disebabkan badan ibu kekurangan kalsium dan magnesium. Dalam masa yang sama bayi dalam kandungan membesar dan akan mengambil nutrisi kalsium si ibu. Itu belum masuk ibu yang mengandung sakit gigi. Itu pun puncanya kurang kalsium.

Selain itu bila bayi dalam kandungan makin membesar menyebabkan terdapat tekanan pada saluran darah ke bahagian kaki. Tetapi jawapan paling popular yang doktor akan bagi tahu biasanya bayi perlukan kalsium jadi si ibu makin kurang kalsium perlu tambah kalsium.

 

Cara Mudah Atasi Kaki Kejang Ketika Hamil

Masalah kaki kejang berlaku pada Kak Cun sudah pun berlalu bertahun-tahun dulu. Masuk anak kedua dan ketiga Kak Cun sudah tahu cara nak cegah dari sakit kaki, Kak Cun hanya ambil suplemen.

Hamil anak kedua Kak Cun tak ambil ubat dari doktor sebab Kak Cun tahu kelebihan suplemen. Beza ubat adalah sintetik dan supleman adalah dari bahan semulajadi.

Jadi Kak Cun hanya amalkan suplemen Ostematrix untuk cegah kaki kejang malah ia sangat baik untuk tumbesaran tulang-tulang bayi sewaktu dalam kandungan lagi. Ostematrix ini adalah cukup kalsium dan magnesium untuk ibu hamil.

ibu-ibu lain pun berjaya atasi kaki kejang semasa hamil

ibu-ibu lain pun berjaya atasi kaki kejang semasa hamil

Ostematrix ini adalah dari jenama Shaklee dan dari bahan yang semulajadi, selamat dan berkesan. Syukur Alhamdulillah, Kak Cun tahu tentang suplemen ini pun melalui google dan sampai sekarang masih mengamalkan suplemen ini.

Kalau anda rasa topik ini bermanfaat boleh kongsikan pada kawan-kawan yang lain. Serta anda juga boleh dapat Ostematrix ini dengan WhatsApp Kak Cun di no 013 205 0607.

berbaloi ambil ostematrix

masalah sakit pinggang pun berkesan jika ambil ostematrix

 

 

 

 

Comments(2)
  1. Aimie Suyat October 15, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge