Penyediaan Dan Menanam Anak Benih Cili Dengan Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kak Cun suka menanam jadi hari ini Kak Cun nak kongsi cara penyediaan anak benih cili dengan sangat mudah. Bukan apa baru-baru ini Kak Cun ada dapat sedikit cili daripada jiran apa lagi kita nak semai lah sebab cili dia gemuk-gemuk tau gerammm hehe..tanam cili ni bagus sebab mudah bila nak pakai petik saja belakang rumah tak perlu lah nak ke kedai lagi satu jimat duit.. ­čÖé

Bukan apa Kak Cun menjadikan hobi menanam ini sebagai satu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Sebab apa seronok sebab kalau kita rajin menanam hasilnya wahhhh tak terkata! suka lah tengok sedara mara atau adik-beradik datang rumah dapat makan hasil tanaman kita..happy ler hihihi

 

 

Ok mari Kak Cun tunjuk cara nak mula dengan langkah pertama macam mana nak semai anak benih :-

  • Sediakan kotak semaian, isikan kotak semaian dengan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah iaitu tahi ayam reput dan bahagian pasir.
  • Semai biji benih dalam kotak semaian secara teratur dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.
  • Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.
  • Kotak semaian tu kena lah dilindungi dari air dan cahaya matahari yang berlebihan.
  • Pindahkan anak benih ke tempat yang anda inginkan selepas 3-4 minggu selepas di semai.
  • Sebelum pindahkan, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.

 

 

Anak benih yang berumur 6 minggu boleh di pindah terus ke batas. Itu adalah serba sedikit cara penyediaan atau semaian anak benih cili..Kak Cun tak lah arif sangat pasal tanam menanam ni. Asalkan niat kita nak menanam ikhlas InshaAllah pokok tumbuh dengan cantik.

Lepas dah pindah ke batas tu rajin lah siram ya..hah! lepas tu nampak dah hasilnya boleh lah tuai hasil tanaman anda sekalian dengan rasa hebatnya Kak Cun menanam hihi.. Ok lah sampai di sini entry Kak Cun untuk kali ini ya. Nanti di entry akan datang kita borak-borak pasal tanaman lain pula ya.

Kita tanam kita dapat makan makanan yang segar dan sihat ye ingat tu rajin-rajinlah menanam.

 

Sekian ­čÖé

Comments(5)
  1. Ros June 17, 2017
  2. Kakda June 17, 2017
  3. jida June 17, 2017
  4. UmmuAyyash June 17, 2017
  5. Jesz June 17, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge