Perbezaan Sakit Kontraksi Sebenar Atau Palsu Bagi Ibu Hamil

 

Setiap anak sakit kontraksi semasa nak bersalin memang berbeza-beza. Anak pertama dulu agak lama juga menahan sakit. Anak kedua lain pula sakitnya, cuma sekejap saja tak sama macam anak pertama.

Dua-dua anak saya bersalin waktu pagi, pukul 5 pagi pecah air tuban, yang anak pertama lahir pukul 10 pagi yang kedua lahir pukul 8 pagi. Alhamdulillah dua-dua anak lahir secara normal.. ­čÖé

Istimewa buat bakal ibu-ibu muda, mungkin anda tidak arif tentang apa itu kontraksi? Dan mungkin juga anda tidak tahu bagaimana agaknya cara untuk tahu antara sakit kontraksi sebenar atau palsu kan?

Jom saya kongsikan beberapa info antara kontraksi sebenar dan kontraksi palsu.. ­čÖé

 

Sakit Kontraksi Sebenar Atau Palsu _2

 

 

Fakta Penting Tentang Sakit Kontraksi Semasa Bersalin

Setiap individu akan mengalami sakit kontraksi yang berbeza-beza. Ada yang mula sakit kontraksi dari bahagian belakang, pinggang dan lain-lain. Ada juga yang kata rasa sakit macam senggugut.

Jika sakit kontraksi dah mula terasa, ibu-ibu jangan tergopoh gapah nak ke hospital..relaks dulu. Ibu-ibu cuma perlu catat atau rekod setiap selang masanya. Tapi kalau sakit kontraksi tu semakin kerap setiap lima minit, anda digalakkan untuk terus pergi berjumpa doktor.

Nota kaki: Ketika sakit kontraksi ibu-ibu perlu banyakkan pergerakan seperti berjalan di dalam bilik bersalin. Tidak digalakkan untuk terus baring di atas katil..

 

Tanda Sakit Kontraksi Sebenar

  • Kekerapan dan jarak rasa sakit semakin rapat.
  • Mula rasa sakit dari bahagian pinggang dan punggung hingga rasa sakit dibawa kehadapan.
  • Punca kepada bukaan serviks semakin besar.
  • Semakin lama ia akan┬áterasa semakin sakit.
  • Mempunyai pola sakit yang teratur.
  • Kekuatan sakit kontraski sebenar bertambah di setiap jam.

 

Tanda Sakit Kontraksi Palsu

  • Sakit yang tidak teratur dan tidak tetap.
  • Kekerapan sakitnya tidak menentu. Selang sakitnya tidak semakin hampir tapi hilang.
  • Terasa lemah dan letih, mungkin anda mengalami kontraksi yang lebih kuat dan diikuti dengan kontraksi yang lemah.
  • Jika anda berehat dari berjalan atau ubah kedudukan, sakit kontraksi akan berhenti.
  • Tempoh masanya tak tentu.
  • Tiada kesan kepada bukaan serviks.
  • Rasa sakit yang biasanya dirasai pada bahagian depan saja.

 

Tips Mengetahui Sakit Kontraksi Sebenar Dengan Mudah

Langkah-langkah mudah

Sakit Kontraksi Sebenar Atau Palsu

 

 

 

[alert-announce]Nota Penting :>> Jika anda yang hamil kurang daripada 37 minggu dan mengalami enam kontraksi sepanjang satu jam atau empat kontraksi/jam selama dua jam, segera ke hospital berdekatan[/alert-announce]

 

Baca dan klik sini :>> Tips Mudah Bersalin Normal

 

Semoga bermanfaat, sebarkan kebaikkan.. ­čÖé

With Luv,

– AyuRosman –

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge