Peristiwa Nuzul Al-Quran Di Dalam Bulan Ramadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Sekarang kita berada di dalam bulan yang mulia iaitu bulan ramadan, di mana hari ini Kak Cun nak menyingkap serba sedikit sejarah penurunan Al-Quran atau lebih dikenali senagai Nuzul Al-Quran. Banyak fadilat atau kelebihan di dalam bulan ramadan ini yang boleh kita lakukan antaranya seperti perbanyakkan bacaan Al-Quran, berwakaf, solat sunat dan sebagainya.

Ok Kak Cun nak cerita dulu  tentang peristiwa penurunan Al-Quran, ia diturunkan oleh Allah S.W.T pada 17 Ramadan yang disebut malam Qadar. Al-Quran diturunkan dari luh mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus (30 juzuk) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan Nabi SAW.

 

Seperti firman Allah S.W.T :

“Sesungguhnya kami (Allah) telah menurunkan A-Quran pada malam Qadar”

 

Makna Nuzul Al-Quran

‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi.

‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana Al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, muamalat, munakahat, sains dan sebagainya.

 

Peristiwa Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran dikatakan berlaku pada malam jumaat, 17 Ramadan tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M ketika baginda sedang beribadat di gua Hira”. Namun sesungguhnya pendapat yang lebih tepat tentang turunnya Al-Quran ialah pada malam isnin, tanggal 24 Ramadan bersamaan 13 Ogos 610M.

Kesimpulannya kita sebagai umat islam sesibuk mana kita sekaya mana kita sehebat mana kita sebijak mana kita Al-Quran tetap dan wajib menjadi panduan hidup. Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-Quran, As-Sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apa pun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah InshaAllah kita tidak akan sesat.

InshaAllah sama-sama kita perbetulkan apa yang kurang.

Sekian dari Kak Cun dan Selamat menunaikan ibadah puasa.

Ramadan Kareem.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge