Petua Menghilangkan Angin Dalam Badan Dengan Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini Kak Cun nak kongsi petua sikit ye, petua ini Kak Cun dapat daripada rakan facebook Kak Cun di mana ia menyatakan bahawa cara menghilangkan sakit-sakit dalam badan ni semudah ABC.

Eh tak ada la sampai macam tu hah tengok tu dah mula terperangkap dengan kata-kata manis Kak Cun hehe.. Tapi jangan lah di lupa kita memanglah dah berusaha,doa dan tawakal selebihnya Allah yang menentukannya kan..

Ok tak nak cakap panjang lebar hehe.. meh Kak Cun nak bagi tahu bila badan penuh angin, penuh bisa macam ini lah caranya nak menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala, susah tidur malam dan gangguan makhluk halus..

petua_menghilangkan_angin_dalam_badan_dengan_sangat_mudah

tip menghilangkan angin dalam badan

 

Caranya mudah sahaja…semudah ABC macam Kak Cun cakap tadi hihi

  1. Dapatkan 1 pek ais dan masukkan ke dalam baldi campurkan sedikit air ke dalam baldi tersebut
  2. Perahkan limau nipis atau limau purut dalam 4 ke 5 biji dalam baldi

Ok lepas tu..sebelum mandi tu baca lah Al-fatihah 3x, Al-Ikhlas 3x dan selawat 3x. Sebaikmya baca ayat suci di luar bilik air dahulu lepas baca baru angkat baldi bawak masuk dalam bilik air dan mandi.

Sebaiknya mandi air limau ni jadikan ia bilasan terakhir, iaitu mandi dulu dengan air biasa lepas tu baru mandi air limau ni ye..Mulakan jirusan dari kepala, lebihkan siraman dibelakang tengkuk dan bahu.

Sekiranya empunya badan ada mengalami gangguan akan terasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk anda. Badan kepala akan menjadi ringan dan sekiranya ada sendawa atau muntah selepas mandi, dinasihatkan dapatkan rawatan islam. Mandian ini hanya alternatif dalam merawat buang angin bisa dalam badan. Di sarankan sebaiknya mandi waktu selepas subuh dan selepas maghrib.

Lagi satu adik Kak Cun penah kena badi mayat, ayah Kak Cun pun buat benda yang sama jugak just guna limau purut atau limau nipis dan air (masa ni tak pakai ais) serta bacaan ayat suci Al-Quran, Alhamdulillah dengan izin Allah adik Kak Cun sembuh.

Apa pun yang kita buat semua ada kaitan dengan Allah, Kalau kita jaga hubungan dengan Allah InshaAllah Allah akan jaga kita. Oleh itu, Dengan izin Allah InshaAllah sembuh dan anda akan rasa kesegarannya. Boleh share pada rakan-rakan agar bermanfaat untuk kita semua aminn..

Mencegah lebih baik dari merawat

Sekian..

 

 

 

 

 

 

Comments(2)
  1. Mohd December 25, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge