6 Prinsip Asas Penyusuan Susu Ibu Meningkatkan Penghasilan

 

Assalamualaikum,

Masih ramai lagi ibu-ibu di luar sana tidak tahu tentang prinsip asas penyusuan susu ibu. Kerana prinsip asas ini penting bagi membantu meningkatkan produktiviti susu bagi seorang ibu.

Hanya sebab tak tahu tentang prinsip asas penyusuan jadi mula lah merungut ‘susu saya dah kering, keturunan saya memang jenis susu tak banyak’. Ini biasa jadi pada ibu yang mengalami susu merudum.

Jom! Saya nak kongsikan apa itu prinsip asas penyusuan susu ibu buat si manja anda.. 🙂

prinsip asas penyusuan susu ibu _9

 

Prinsip Asas Penyusuan Susu Ibu Untuk Si Manja

Prinsip #1: Kerap Menyusukan Bayi

Bayi mesti disusukan sekurang-kurangnya setiap dua atau tiga jam pada siang hari. Pastikan cara lekapan bayi pada puting ibu adalah betul untuk elak puting ibu luka. Kejutkan bayi jika dia tidur lebih 3 jam untuk disusukan.

Di waktu malam ibu hendaklah kejutkan anak jika tidur lebih dari tiga ke empat jam. Tidak menjadi masalah bagi ibu yang suri rumah sebab anda boleh kerap susukan anak di rumah.

Tapi ibu yang bekerja pula, anda hanya perlu disiplinkan diri untuk kerap mengepam setiap dua atau tiga jam sekali mengikut jadual pengepaman sementara berjauhan dengan bayi.

Ingat! Mengepam secara konsisten akan membantu pengeluaran susu menjadi stabil.

prinsip asas penyusuan susu ibu _3

 

Prinsip #2: Kerapkan Sesi Mengepam

Ibu-ibu perlu susun jadual sesi mengepam, sebaik-baiknya setiap 3 jam sekali. Pastikan jadual sesi mengepam perlu di ikut tanpa gagal, anda boleh? Ya pasti boleh.. 🙂

Selain dari itu setiap kali selepas menyusukan bayi, ibu hendak pam payudara pula. Ini supaya untuk memastikan payudara betul-betul kosong. Sebaik-baiknya pam walaupun payudara agak lembut selepas bayi menyusu.

Tahu tak ibu-ibu kalau mengepam waktu malam dengan kerap dapat merangsang penghasilan susu ibu lebih banyak. Ini sebab pada waktu malam hormon yang dipanggil prolaktin banyak dirembeskan.

prinsip asas penyusuan susu ibu _2

 

Prinsip #3: Jangan Biarkan Payudara Penuh Atau Bengkak

Masih ada ibu-ibu yang suka tunggu sampai payudara penuh atau bengkak baru nak pam, betul tak? Mungkin anda ingat bila payudara penuh itu sebagai tanda sudah tiba untuk menyusukan bayi atau untuk sesi mengepam.

Pemikiran macam itu sangatlah salah! Anda perlu sentiasa yakin bahawa payudara sentiasa ada susu setiap masa. Ibu-ibu perlu tahu jika bayi baru lepas menyusu, tubuh badan kita akan memberi signal kepada otak untuk bekerja keras menghasilkan lebih banyak susu.

[alert-announce]Best untuk dibaca : >> klik sini – Tip Atasi Bengkak Susu[/alert-announce]

prinsip asas penyusuan susu ibu _6

 

Prinsip #4: Diet Makanan Yang Seimbang

Diet makanan seimbang yang lengkap dengan zat sangat penting untuk memastikan tubuh badan sihat. Tubuh badan yang sihat secara tak langsung dapat menghasilkan susu yang baik dan kualiti.

Akibat daripada ibu-ibu yang tak amalkan makanan seimbang akan cepat letih, mood tak stabil, pening kepala atau masalah kesihatan lain yang boleh mengganggu proses penghasilan susu ibu.

Bila badan pun bermasalah macam-macam, jadinya penghasilan susu ibu pula yang merudum.

prinsip asas penyusuan susu ibu _7

 

Prinsip #5: Pastikan Cukup Minum Air Kosong

Kekurangan minum air kosong boleh beri kesan pada penghasilan susu ibu. Air sangat penting untuk bantu menghasilan susu ibu. Jadi digalakkan ibu-ibu minum 3 liter air kosong sehari. Boleh? Mesti boleh.. 🙂

prinsip asas penyusuan susu ibu _8

 

Prinsip #6: Amalan Membaca Ayat Al-Quran

Tuhan adalah sebaik-baik perancang, jadi kita mestilah bergantung harap dan bantuan dari-Nya. Amalan membaca surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah Hujurat dan kemudian usap kedua-dua belah payudara.

Ketika menyusukan bayi ibu dinasihatkan sentiasa usap ubun-ubun bayi sambil berzikir Ya Latif sebanyak 1000 kali atau lebih.

 

Semoga bermanfaat..

 

 

— Sebarkan Kebaikkan —

AyuRosman

 

 

Ayu Rosman

SMS / WhatsApp : 013 205 0607

FanPage FB: AyuRosman

SID : 915071

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge