Punca Penyakit Tiroid Dan Simptom Tiroid

 

Penyakit tiroid jangan dipandang ringan dan remeh kerana ia boleh membawa maut jika tidak dirawat. Kebanyakkan pesakit bagi penyakit tiroid ialah dari kalangan wanita.

Simptom bagi punca penyakit tiroid ini ramai yang tak perasaan sebab simptom tidak nampak ketara sangat.

Kelenjar tiroid yang terletak di dalam bahagian depan leher atau di kerongkong ia berbentuk kupu-kupu. Fungsi utama kelenjar tiroid ialah menghasilkan hormon tiroid untuk memberi tenaga dan juga hormon metabolisme.

Kekurangan iodin dalam badan menjadi punca penyakit tiroid. Tapi kekurangan iodin boleh diatasi dengan makan makanan yang tinggi iodin seperti makan laut, telur, susu, keju, yogurt dan banyak lagi.

 

Antara Punca-punca Penyakit Tiroid

 

  1. Kekurangan iodin di dalam badan
  2. Radiasi bebas dari bahan nuklear yang merbahaya
  3. Goiter – elak makan makanan yang mentah
  4. Ibu yang hamil mudah mendapat tiroid kerana ibu dan bayi memerlukan hormon, tapi ini tiroid semasa hamil bersifat sementara saja.
  5. Genetik – keturunan

 

Simptom Penyakit Tiroid

Jika leher bengkak ramai yang anggap ia hanya beguk sakit biasa saja. Bengkak tiroid membengkak secara perlahan-lahan ambil masa bertahun-tahun. Tapi ada juga yang tiroid tidak membengkak.

Antara simptom bengkak kelenjar tiroid ialah :

  1. Bengkak pada leher
  2. Berat badan turun dengan banyak
  3. Badan cepat berpeluh
  4. Degupan jantung berdegup dengan cepat
  5. Rasa susah untuk tidur
  6. Rasa cepat marah
  7. Tangan bergetar atau menggigil
  8. Penglihatan mata terjejas
  9. Rambut mula gugur
  10. Tidak tahan dengan cuaca panas
  11. Badan rasa lemah
  12. Suara serak
  13. Selera makan berkurangan
  14. Kitaran haid terganggu

 

Penyakit tiroid boleh diatasi dengan dapatkan nasihat doktor. Tapi tahu tak kita bahawa sakit tiroid ini boleh dirawat tanpa amalkan ubat.

Selain ubat antara yang membantu rawat masalah tiroid ialah amalkan pemakanan sihat iaitu amalkan suplemen / vitamin yang bersesuai dan berkesan untuk masalah tiroid.

Nampak macam beguk tapi tiroid akan membengkak, sukar menelan dan sukar bernafas. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiaannya, begitu juga masalah penyakit tiroid ini.

 

KLIK SINI :- Cara Merawat Penyakit Tiroid Dengan Vitamin

 

 

 

 

 

Comments(2)
  1. Hanna April 24, 2018
  2. Hanna April 24, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge