Resepi Kuih Buah Melaka Paling Senang Dan Sedap

 

Kuih buah melaka antara kuih traditional yang orang tak akan lupa. Kuih buah melaka ini juga dikenali dengan nama lain iaitu ondeh-ondeh.

Perasan tak kuih buah melaka ini antara kuih kegemaran orang ramai, di kedai-kedai ramai yang jual. Kalau bulan puasa pun mesti ramai yang teringin nak makan.

 

resepi-kuih-buah-melaka-7

Resepi kuih buah melaka paling senang nak buat 🙂

 

Begitulah yang terjadi pada saya bulan puasa ini. Kebetulan suami pun minta buatkan kuih buah melaka teringin katanya, jadi saya turutkan saja. Lagi pun kuih ini antara kuih buah melaka paling senang dan sedap nak buat.

 

Cara Buat Kuih Buah Melaka Paling Senang

Mungkin masih ada yang nak tahu dan belajar buat kuih buah melaka kan..jadi saya kongsikan bahan-bahannya ya 😊

Bahan-bahannya ialah:

  • Tepung pulut 3 cawan
  • Tepung gandum 3 sudu
  • Air
  • Garam
  • Pewarna hijau 1 sudu kecil
  • Kelapa parut
  • Gula melaka siap dipotong kiub

 

Cara membuat bahan untuk diuli:

  • Masukkan tepung pulut, tepung gandum, pewarna hijau dan air dicampur sedikit garam.
  • Air yang mengandungi garam dituang ke dalam tepung secara sedikit demi sedikit.
  • Uli adunan tepung sehingga jadi doh yang sempurna tak kering sangat dan tak basah sangat. Just nice hingga senang nak dibulatkn nanti. 😊

 

resepi-kuih-buah-melaka

Tepung kuih buah melaka yang siap di uli

 

Kemudian tenggekkan periuk berisi air separuh diatas dapur. Masukkan sehelai daun pandan supaya lebih wangi. Tunggu hingga menggelegak.

resepi-kuih-buah-melaka-3

Tips letak daun pandan bagi wangi 🙂

 

Bila air periuk dah gelegak, ambil sedikit tepung yang diuli tadi buat bulat kecil, tekan leper dan masukkan gula yang dah dipotong kiub dan bulatkan semula. Kemudian masukkan terus ke dalam periuk. Buat berulang kali hingga tepung adunan habis.

resepi-kuih-buah-melaka-1

tepung buat bulat dan masukkan gula melaka

 

resepi-kuih-buah-melaka-4

buat bulat-bulat siap dengan inti gula

 

Tepung bulat kecil berinti gula merah tadi bila masak dia akan timbul tanda dah masak. Seterusnya cedok dan tapiskan dan tuang diatas kelapa yang dicampur sedikit garam.

Gaul dengan kelapa hingga dilitupi  kelapa keseluruhan kuih buah melaka itu. Buat perkara yang sama untuk setiap kuih buah melaka hingga habis.

Kemudian susun kuih yang siap digaul dengan kelapa diatas pinggan. Dan kuih buah melaka siap dihidang untuk dimakan buka puasa nanti.

resepi-kuih-buah-melaka-5

Siap dimakan 🙂

Selamat mencuba resipi senang ini. 😁

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge