Resipi Ayam Kam Heong Terbaik Dari Ladang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hobi memasak ni memang tak akan lekang dengan diri  Kak Cun seperti yang dijanjikan pada entri yang lalu hari ini Kak Cun nak kongsi resipi ayam kam heong versi Kak Cun yer..Hah apa lagi ambil pen dan kertas tiru resipi Kak Cun ini tau InshaAllah sedap bak hangg hihi. Suami minat betul masakan ni, ni adalah masakan daripada hasil daripada pembacaan Kak Cun, adalah sedikit Kak Cun dah menaik taraf resipi ni.

Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk masak ayam kam heong ni eh..

Bahan-Bahan :-

  • Seekor ayam (potong sedang-sedang elok @ potong 18)
  • 2 biji bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 inci halia (ketuk)
  • 2 sb cili giling
  • 2 sb Sos tiram
  • 2 sb Kicap pekat
  • 2 sb Kicap lemak manis
  • 2 sb Sos Cili
  • 3 @ 4 sb serbuk kari
  • Daun kari (3 tangkai)
  • 3 biji Tomato (belah 4)
  • Daun Sup & Daun bawang (sebagai hiasan)
  • Minyak (untuk menumis & menggoreng ayam)
  • Garam (secukup rasa)

Cara-caranya :-

  1. Mula-mula sekali haruslah menggoreng ayam terlebih dahulu
  2. Selepas tu angkat dan ketepikan, dan mula lah menumis
  3. Masukkan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih halia sehingga naik bau
  4. Kemudian masukkan daun kari dan cili giling tumis sampai naik minyak dan masukkan serbuk kari. Dan langkah seterusnya masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, kicap lemak manis.
  5. Kacau sebati kalau nak berkuah sedikit masa ni boleh masukkan sedikit air ye.
  6. Langkah seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi kacau sebati, masukkan garam secukup rasa jangan banyak sangat sebab sos tiram dah masin agak-agak je eh
  7. Dah sebati semua warna pun dah lawa hitam-hitam manis gituuu, masukkan lah tomato kacau-kacau sedikit dan tutup api
  8. Hah yang akhir sekali hidangkan dalam mangkuk dan tabur le daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.
  9. Siap! hehe.. mudah je kan boleh cuba ye

Resipi ini sesuai juga dihidangkan pada hari raya makan dengan nasi himpit kauh kacang pon sodappp! hehe bukan apa kadang-kadang Kak Cun sendiri dah bosan pagi raya nak makan menu apa. Terfikir jugak pernah dengar ada orang pagi raya makan laksa, hah cuba raya tahun ni masak ayam kam heong ni gerenti licin punya lah hehe..

Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua yer

Sekian

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge