Selamatkah Vaksin Untuk Bayi Dan Kesannya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukur. Ketiga-tiga anak Kak Cun semua tidak pernah ketinggalan mengambil suntikan vaksin untuk bayi walaupun anak kedua lambat beri suntikan. Selalunya suntikan tiga serangkai yang akan menyebabkan demam. Tetapi anak Kak Cun tidak demam Alhamdulillah. Demam berlaku sebab tindak balas tubuh pada suntikan vaksin itu.

Salah satu tip elak anak demam selepas beri suntikan vaksin untuk bayi ialah beri susu atau minum air dengan kerap untuk membebaskan haba melalui air kencing. Tidurkan anak di tempat pengudaraan yang baik atau pada suhu bilik seperti di bilik yang tingkap terbuka untuk mengekalkan keselesaan.

Tempat suntikan tidak perlu di tuam atau dikenakan sebarang tekanan kerana ia akan menghalang potensi ubat yang telah diberikan. Hanya biarkan sahaja tempat suntikan itu.

 

vaksin-untuk-bayi-1

Vaksin untuk cegah jangkitan penyakit

 

Selamatkah Vaksin Untuk Bayi?

Vaksin ialah satu bentuk perlindungan imunisasi yang diberikan kepada bayi. Ini adalah salah satu cara untuk beri perlindungan kepada anak-anak kita dengan berkesan dari jangkitan pelbagai jenis penyakit yang boleh mengundang maut.

Vaksin untuk bayi ini sebenarnya nak memberitahu sistem imun badan bayi supaya ia bersedia jika diserang oleh kuman. Vaksin diperbuat daripada bahan yang dihasilkan dari mikroorganisma yang diberi untuk anak dan orang dewasa.

Salah satu fungsi vaksin adalah untuk mengelakkan penyakit berjangkit. Vaksin yang dimasukkan dalam tubuh bayi adalah untuk merangsang antibodi. Jadi jawapan kepada vaksin untuk bayi adalah selamat dan perlu.

 

vaksin-untuk-bayi-2

Kak Cun sendiri takut kene suntik..hehe

 

Kesan Vaksin Terhadap Bayi

  • Ketahanan tubuh badan bayi akan meningkat.
  • Badan bayi akan membina antibody sendiri untuk daya ketahanan badan.
  • Vaksin dapat melindungi bayi dan anak-anak daripada beberapa penyakit tertentu yang merbahaya.
  • Ketahanan badan boleh diperolehi dengan 2 cara iaitu dengan cara suntikan atau melalui mulut.

 

Ketahanan tubuh kepada sesuatu penyakit akan dapat melalui dua cara iaitu hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan dan badan membina antibodi kepadanya. Dan satu lagi ialah menerusi antibodi yang diperolehi melalui imunisasi.

Sebagai ibu bapa, kita perlu bertanggungjawab untuk melindungi anak-anak dan vaksin untuk bayi ini adalah sebagai benteng anak-anak daripada menghidapi penyakit.

 

vaksin-untuk-bayi-3

Muka baby ini nampak rileks saja bila di suntik.. 🙂

 

Demam atau tidak, terpulang kepada pertahanan dalam badan mereka. Jika belum ada yang berbuat demikian, diharapkan dapat membuatnya secepat mungkin. Lebih baik kita mencegahnya sebelum terlambat.. 🙂

 

Sharing is loving,

Kak Cun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge