Strok Haba Pembunuh Senyap Dan Cara Atasinya

 

Assalamualaikum

Topik tentang strok haba ini semakin popular di perkatakan di kaca tv mahupun di media sosial lain terutamanya dibulan puasa. Mungkin ramai dikejutkan dengan sebuah kisah anak kecil berpuasa di bulan Ramadhan dan meminta izin pada ibunya untuk minum kerana dah tak larat tetapi si ibu minta si anak tidur sebab sikit saja lagi waktu berbuka puasa. Akhirnya si anak yang tidur memang tidur terus tak bangun-bangun, pergi buat selamanya.

 

strok haba pembunuh senyap _4

 

Atas pengesahan doktor ia meninggal akibat daripada strok haba, strok haba pembunuh senyap. Apa itu strok haba? Bagaimana ia terjadi? Apakah punca dan cara atasinya? Topik ini akan membentangkan satu persatu tentang strok haba pembunuh senyap no 1 di Malaysia masa kini. Di Pakistan di khabarkan lebih 700 yang mati akibat strok haba.

 

Apakah Itu Strok Haba?

  • Strok haba ialah dimana sistem tubuh badan tak dapat mengawal secara normal tahap haba kepanasan global.
  • Dimana kenaikan suhu yang mendadak hingga 41 darjah celcius dalam masa singkat iaitu 10-15 minit pada tubuh badan seseorang.
  • Strok haba boleh membunuh atas kepanasan haba yang tidak menentu. Suhu badan normal manusia hanya 37 darjah celcius sahaja.

 

Tanda-tanda Strok Haba

  • Rasa mual, kurang berpeluh, kepala berdenyut-denyut.
  • Muntah, otot lemah, sawan, pitam.
  • Kerap mengalami sakit kepala.
  • Mudah hilang fokus.
  • Lidah mengalami bengkak.
  • Denyutan nadi jadi laju.
  • Kulit kering kemerah-merahan.
  • Badan jadi lesu dan kerap pengsan atau pitam kerana tekanan darah rendah.

 

Cara Atasi Dan Pencegahan Strok Haba

  • Apabila suhu udara meningkat ia boleh dikurangkan dengan tempatkan diri dibawah kipas.
  • Lap badan dengan tuala basah.
  • Mandi.
  • Minum air kosong tanpa mengira aktiviti fizikal anda.
  • Minum minuman isotoni. Pastikan minuman yang kita kaji tak mengandungi kandungan gula yang tinggi supaya tak kene pula penyakit diabetes.
  • Hadkan aktiviti luar.
  • Kerapkan berehat.
  • Pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang. Kerana jika memakai pakaian berwarna hitam ia akan menyerap haba.
  • Memakai topi atau payung apabila berada diluar terutama yang tak berhijab.

 

Cara Jika Ada Seseorang Mengalami Strok Haba

  • Halakan kipas angin ke arahnya.
  • Letakkan kain lembap di kepala dan tubuh badan.
  • Berikan minuman.
  • Angkatkan kaki ke atas, hanya tinggikan sedikit.

 

strok haba pembunuh senyap _8

 

 

Punca Akibat Strok Haba

  • Individu yang terdedah secara berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas.
  • Kurang minum air dan dehirasi tubuh badan.

 

Kesimpulan Tentang Strok Haba

  • Elakkan keluar jika kita tahu keadaan diluar agak panas dan pergi di tempat yang sejuk.
  • Memakai pakaian yang longgar dan tidak berwarna gelap.
  • Letakkan tuala basah di kepala atau percikkan air.
  • Pastikan minum air 15 minit sekali (jika puasa amalkan di malam harinya).
  • Hubungi pihak hospital untuk dapatkan bantuan segera.

 

Strok haba jangan kita pandang ringan atau enteng saja kerana tahap kepanasan global bukan lagi seperti dulu. Suhunya boleh mencecah lebih dari suhu badan kita iaitu 37 darjah celcius.

Saya ingin mengajak anda untuk mengamalkan minuman isotonik yang dibuat secara semulajadi dan yang paling tidak mengandungi gula tambahan yang penyebab kepada diabetis. Kami sekeluarga mengamalkan Performance Drink Shaklee.

 

strok haba pembunuh senyap

 

 

Pengalaman Pengguna Perfomance Drink

Testimoni 1;

strok haba pembunuh senyap _5

 

Testimoni 2;

strok haba pembunuh senyap _6

 

Testimoni 3;

strok haba pembunuh senyap _7

 

Sayangi diri anda dan keluarga anda. Kita tak nak anak-anak atau diri sendiri terkena strok haba yang boleh membawa maut. Sekurang-kurang kita berusaha untuk mengelak. Mahukah anda melihat diri anda atau terutama sekali anak-anak letih tak bermaya? Jawapannya dalam diri anda.. ­čÖé

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

 

 

Ayu_Rosman

013 205 0607

Geng FB: AyuRosman

SID: 915071

 

Comments(2)
  1. Aniey Yusoff July 6, 2015
    • AyuRosman July 8, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge