Tak Ambil Ubat Doktor Puncanya Set Hamil Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah lama kakcun terjebak dalam dunia Shaklee sejak tahun 2013 lagi. Masih juga orang tertanya-tanya siapa kakcun dan ingin tahu macam mana kakcun boleh tersuka dengan Vitamin Shaklee dan berbisnes Shaklee pula kan.

Nama sebenar kakcun ialah Rahayu Abd Ghapal berasal dari Klang, Selangor. Nama kakcun itu hanya nama samaran di dunia online. Kakcun sudah berkahwin mempunya 3 orang anak. Pada awalnya kakcun macam orang lain juga tak tahu apa langsung tentang vitamin Shaklee.

 

set hamil shaklee

Hi! Sayalah Kakcun bersama-sama keluarga.. ­čÖé

 

Tetapi berkat ingin tahu Tuhan menggerakkan hati kakcun ini untuk mencari info tentang vitamin terbaik untuk ibu hamil iaitu set hamil Shaklee. Di situ lah bermulanya kakcun terjebak dengan Shaklee. Ketika itu kakcun sedang mengandungkan anak no 2. Jadi kakcun google tentang produk yang boleh menggantikan kakcun dari ambil ubat dari klinik.

Dari awal lagi kakcun memang tak suka makan ubat doktor dari klinik sebab kakcun tahu ubat doktor cara buatannya adalah dari dalam makmal bahan kimia atau dipanggil dari bahan sintetik. Maksudnya dari bahan kimia campur dengan bahan kimia, diuji dan maka terhasillah ubat. Setiap ubat itu ada side effect untuk jangka masa panjang, doktor dari klinik yang sendiri yang inform.

Waktu mengandung anak kedua kakcun dah jumpa vitamin atau suplemen yang boleh menggantikan ubat doktor iaitu vitamin dari produk Shaklee hanya melalui membaca di google saja. Bila tengok ramai yang berpuas hati menggunakan produk Shaklee, kakcun pun ambil keputusan untuk mencuba Set Hamil Shaklee sepanjang hamil.

 

set hamil shaklee_2

Inilah dia set hamil Shaklee yang kakcun ambil semasa mengandung, ubat-ubat lain kakcun tak ambil..

 

Sepanjang amalkan set hamil Shaklee semasa hamil tiada masalah hinggalah bersalin dan berpantang pun tiada masalah, masih lagi consume vitamin Shaklee. Luka bersalin cepat baik, susu badan banyak dan cukup untuk bayi. Sebabkan amal vitamin Shaklee ini buat badan bertambah sihat dan maintain sihat, jadi ketika tak hamil pun kakcun masih lagi amalkan Shaklee.

Suami dan anak-anak pun kakcun nasihatkan untuk ambil Shaklee, bila keluarga sendiri sihat kita sebagai isteri dan ibu pun gembira kan? Bila seronok berkongsi kelebihan pada kawan-kawan tentang bagusnya vitamin set hamil Shaklee, ramai pula yang berminat untuk mencuba.

Dari situ kakcun rasa gembira bila dapat bantu orang lain untuk bebas dari masalah kesihatan. Yang sakit jadi makin sihat, yang kurang cantik jadi makin cantik, hanya dengan amalkan dengan konsisten produk Shaklee saja. Shaklee adalah produk dijamin selamat, semula jadi, berkesan dan halal. Malah ada landmark study dari professor lagi.

 

set hamil shaklee_3

Landmark study adalah hasil kajian professor terkemuka, penting landmar study menentukan produk itu berkesan dan selamat.

 

Jadi hingga sekarang kakcun tak jemu-jemu untuk bantu orang diluar sana untuk terus sihat dan makin sihat. Bukan itu saja malah kakcun juga bantu orang diluar sana yang berkerja atau tak berkerja untuk sama-sama jana income dengan menjual produk Shaklee.

Ya, Shaklee boleh bantu saya dan orang ramai untuk mendapat income lebih 3 angka, 4 angka, malah boleh dapat lebih lagi. Dengan syarat kita perlu rajin dan tak kenal erti putus asa.

Kalau anda rasa dengan berbisnes Shaklee dapat membantu ekonomi dan kewangan dalam keluarga, begitu juga kakcun. Seronokkan dapat bantu suami, dapat beri mak dan ayah duit lebih hasil dari usaha kita kan?

Dalam dunia ini serba serbi memerlukan duit dan ia adalah sangat penting, segala-segalanya memerlukan duit. Tetapi duit bukan lah segala-galanya. Dengan duit kita boleh bantu orang dengan bersedekah. Gembira dalam hati ini bila dapat bersedekah kan?

 

set hamil shaklee_4

Seronok dapat bersedekah hasil dari income usaha diri sendiri..kan?

 

Itulah sedikit sebanyak cerita dari kakcun sebab kenapa kakcun masih kekal seronok dan suka berbisnes Shaklee. Kalau adik dan kakak pun mahu juga, jom ikut sertai kakcun. Modal pertama hanya RM68.90 untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee. Itu lah permulaan.. ­čÖé

Tak cukup info dan nak banyak info lagi? Bolah WhatsApp saya kakcun 013-205 0607.

 

Have a nice day..! ­čÖé

 

Comments (1)
  1. Ibu Yusuf dan Maryam June 4, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge