Teknik Mengepam Susu Yang Betul Dan Berkesan

 

Assalamualaikum,

Bagi ibu-ibu yang bercita-cita ingin menyusukan anak hingga dua tahun, ibu hendaklah kuasai kemahiran teknik mengepam dan memerah susu yang betul.

Iaitu beberapa tip teknik mengepam susu yang betul semasa proses mengepam. Selain itu untuk mendapatkan ‘let down reflex’ yang lebih cepat dan dalam masa yang sama dapat menghasilkan susu yang lebih banyak extravaganza.. 🙂

teknik mengepam susu yang betul _9

 

12 Tip Teknik Mengepam Susu Yang Betul

12 tip ini bukan sikit ya tapi ia sangat banyak. Jadi sangat rugi jika ibu-ibu tidak rebut peluang ilmu yang dikongsikan ini supaya anda dapat menyusukan bayi anda hingga cukup dua tahun.. 🙂

Berikut adalah tip yang dapat membantu ibu-ibu sepanjang proses mengepam..

 

Teknik #1: Lakukan secara konsisten

Kebiasaannya proses mengepam dilakukan setiap hari dan sila pastikan segala peralatan tersedia dan anda dalam keadaan tenang dan selesa untuk mengepam.

Ibu hendak mengepam dalam keadaan tenang supaya dapat menghasilkan ‘let down’ reflek dengan lebih cepat. Elakkan nak mengepam dalam keadaan kelam kabut.

[alert-success]Best untuk dibaca :>> Klik sini – 6 Perkara Asas Dalam Penyusuan Susu Ibu[/alert-success]

 

Teknik #2: Lakukan urutan sebelum memulakan

Lakukan urutan dari bahagian bawah lengan dengan gunakan jari tangan dan lakukan urutan bulatan kecil di sekeliling payu dara. Lakukan berulang kali.

Lakukan juga urutan dari dada ke aerola dan lakukan urutan yang sama pada payu dara sebelah juga.

teknik mengepam susu yang betul _1

 

Teknik #3: Minum air suam

Digalakkan untuk minum air suam sekurang-kurangnya segelas air sebelum proses nak mengepam dilakukan. Selepas selesai proses mengepam juga digalakkan minum air suam. Kenapa nak kene minum air suam? Sebab untuk melancarkan proses penghasilan susu dan susu jadi semakin banyak.

 

Teknik #4: Gambar anak ditatap

Ketika dalam proses mengepam ibu boleh menatap gambar anak atau pun video anak. Kalau gambar atau video tak ada boleh jadikan baju atau selimut bayi untuk ambil bau bayi anda, rasakan seolah-olah anak ada bersama anda.

Semasa proses mengepam berzikir jangan sesekali dilupakan, berzikir lah sekerap yang mungkin. Atau boleh juga mendengar atau membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Kenapa nak lakukan semua ni? Supaya memberi emosi yang tenang dan gembira, bila gembira ia merangsang susu jadi banyak dan mudah.

teknik mengepam susu yang betul _4

 

Teknik #5: Kerap mengepam seperti anak menyusu

Jangan risau jika penghasilan susu tidak cukup untuk keperluan anak, hanya ibu perlu pam deng lebih kerap dengan tambahkan sesi mengepam.

Proses mengepam dengan lebih kerap adalah untuk merangsang susu yang lebih banyak. Mengepam dengan lebih kerap bukannya mengepam dengan lebih lama.

[alert-success]Best untuk dibaca :>> Klik sini – 9 Cara Atasi Bengkak Susu[/alert-success]

 

Teknik #6: Mulakan dengan mengepam dengan waktu pagi.

Jika ibu bercita-cita nak membuat stok perahan susu ibu, sila amalkan proses mengepam di waktu pagi. Mengepam waktu pagi penting sebab waktu pagi tubuh lebih aktif dan banyak menghasilkan susu ibu sepanjang malam kerana hormon prolaktin dan oksitosin lebih tinggi pada waktu ini.

 

Teknik #7: Lakukan pemeriksaan pada pam susu

Pastikan sebelum proses nak mengepam alat pam susu dalam keadaan baik dan dipasang dengan betul. Jika alatan pam tidak di pasang dengan betul, ia akan menyebabkan daya hisapan yang tidak kuat. Pastikan payu dara dipam dengan betul-betul kosong.

 

Teknik #8: Tandem pumping

Ibu-ibu digalakkan untuk mengepam sebelah payu dara sementara sebelah lagi dihisap oleh bayi anda. Ini kerana anak adalah penghantar isyarat yang sangat hebat melalui gaya hisapannya.

Kebiasaannya ibu akan rasa ‘let down’ semasa menyusukan anak secara direct berbanding semasa mengepam susu. Sebab itu pentingnya amalan ‘tandem pumping’, maksudnya sebelah menetek anak sebelah lagi pam dengan serentak.

teknik mengepam susu yang betul _6

 

Teknik #9: Pengepaman berganda

Ada sesetengah ibu menyusu menghasilkan lebih banyak susu menggunakan pam berganda. Secara logik, sememangnya paras hormon prolaktin dalam darah akan meningkat apabila susu dikeluarkan serentak dari kedua-dua belah payu dara.

 

Teknik #10: Dapatkan pam yang selesa

Jika sesi mengepam menyakitkan atau membuatkan ibu-ibu tidak selesa, tukar pam lain. Sebab itulah pemilihan pam yang betul dan bersesuaiannya dengan diri sendiri amat penting di titikberatkan.

Terdapat banyak jenis pam yang berprestasi tinggi dengan harga yang mampu dimiliki. Pam yang mempunyai gaya hisapan yang baik dan tidak menyakitkan, ia memberikan keselesaan.

[alert-announce]Best untuk dibaca :>> Klik Sini – 7 Best Breast Pumps For Every Kind of Mom[/alert-announce]

 

Teknik #11: Pakai pakaian khas ketika sesi mengepam

Bagi mendapatkan keselesaan ketika mengepam, pakai pakaian khas untuk menyusu. Ini membolehkan ibu mengepam dengan lebih mudah. Jika tiada pakaian khas ibu boleh juga pakai pakaian yang longgar untuk memudahkan untuk menyelak semasa mengepam.

 

Teknik #12: Memerah dengan tangan

Teknik ini dilakukan apabila berlaku kecemasan pam rosak, jadi teknik ini ibu-ibu perlu mahir. Langkah-langkah teknik memerah dengan tangan adalah seperti berikut.

  • Buat pegangan C pada payu dara. Letakkan ibu jari di sebelah atas payu dara berdekatan aerola manakala jari telunjuk di bahagian bawah payu dara (ikut petunjuk Utara dan Selatan)
  • Tekan payu dara ke belakang ke arah dalam dada.
  • Picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama dua saat dan lepaskan.
  • Golekkan jari seolah-olah menekan kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit.
  • Ulangi langkah ini bebrapa kali. Teruskan memicit sehingga tiada lagi susu yang keluar.
  • Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut Timur – Barat, Tenggara – Barat Laut dan Barat Daya – Timur Laut sehingga tiada lagi titisan susu.
  • Perah setiap payu dara lima hingga sepuluh minit secara bergilir.
  • Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ibu ke atas puting dan keringkan puting payu dara itu.

teknik mengepam susu yang betul _5

 

semoga bermanfaat 🙂

 

— Sebarkan Kebaikkan —

AyuRosman

 

 

Ayu Rosman

SMS / WhatsApp : 013 205 0607

FanPage FB: AyuRosman

SID : 915071

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge