Power Pumping Teknik Berkesan Banyakkan Susu Badan

 

Ibu yang menyusukan anak mesti risau bila hadapi masalah susu badan semakin sikit. Terutama sekali bagi ibu yang dah mula nak berkerja selepas habis berpantang.

Itulah yang Kak Ayu terfikir dulu waktu habis berpantang dan nak start kerja. Cukup ke tidak susu badan untuk anak? Nak bagi anak susu badan sampai 2 tahun lah kalau boleh. Kak Ayu pasti semua ibu-ibu akan rasa atau terfikir perkara yang sama.. ­čÖé

Sebenarnya ada banyak tip untuk banyakkan susu badan dan salah satu yang berkesan adalah teknik power pumping. Jika ibu-ibu rasa macam ini pertama kali pernah dengar teknik power pumping, tak apa. Kak Ayu akan kongsikan cerita sedikit sebanyak tentang apa itu teknik power pumping.. ­čÖé

power pumping teknik banyakkan susu ibu

 

Apakah Ia Teknik Power Pumping?

Teknik power pumping adalah teknik dimana seolah-olah meniru keadaan bayi semasa menghisap. Kebiasaannya, bayi akan menghisap lebih kerap dan lebih lama. Bermakna teknik ini akan merangsang tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kak Ayu pasti ibu-ibu ada ambil milk booster, jadi dengan mengamalkan teknik power pumping ini dapat gandakan lagi susu anda.

[alert-announce]Best untuk dibaca: > Milk Booster Banyakkan Susu Badan <[/alert-announce]

power pumping teknik banyakkan susu ibu _1

 

Cara Nak Buat Teknik Power Pumping

Sebelum ibu-ibu  nak lakukan power pumping, anda perlu sentiasa berpegang kepada konsep supply and demand. Maksudnya sewaktu menyusukan bayi konsep permintaan dan penawaran mesti tahu dan ingat.

Sebabnya konsep teknik power pumping dan supply and demand adalah sama. Di mana ibu-ibu perlu kosongkan payu dara dengan lebih kerap supaya di isi dengan lebih kerap. Teknik ini tak perlu dilakukan secara konsisten. Teknik ini dilakukan apabila susu badan dah mula merundum dan nak meningkatkan semula penghasilan susu.

Teknik ini perlu dilakukan selama tiga hingga seminggu dan memerlukan masa selama sejam. Seterusnya apa yang ibu-ibu perlu lakukan ialah:

  • Pam selama 20 minit
  • Rehat selama 10 minit
  • Pam lagi selama 10 minit
  • Rehat lagi 10 minit
  • Pam lagi selama 10 minit
  • Selesai

Jadi secara keseluruhannya, anda perlu mengambil masa 40 minit untuk mengepam dalam masa sejam. Teknik ini memerlukan anda menggunakan mesin double pump lebih mudah. Tapi jika anda hanya ada single pump, ia boleh dilakukan pada payu dara sebelah kanan dulu kemudian sebelah kiri pula.

power pumping teknik banyakkan susu ibu _2

Keberkesanan daripada amalan teknik power pumping ini bergantung kepada individu. Ada yang boleh dapat hasil sepantas 48 jam. Ada yang perlu tunggu tiga hingga empat hari kemudiannya. Malah ada juga yang perlu bersabar sehingga seminggu.

Apa yang penting ialah anda tidak boleh mudah putus asa dan perlu konsisten melakukan teknik ini sehingga nampak hasilnya.

 

Tip Menjayakan Teknik Power Pumping

TIP #1

  • Jangan stress dan sedih jika sewaktu mula mengepam, jika stress anda hanya pam angin saja. Anda perlu konsisten dan teruskan usaha.

TIP #2

  • Elakkan melihat jumlah susu yang terkumpul semasa mengepam. Ingat! tujuan teknik ini adalah untuk merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak susu di masa akan datang.

TIP#3

  • Gunakan pam payu dara yang berkualiti. Pastikan emosi sewaktu melakukan power pumping adalah ceria dan bebas tekanan. Ini penting supaya hormon prolaktin mudah dirembeskan. Anda boleh mendengar alunan ayat Al-Quran atau melihat gambar dan video anak. Kerana ia salah satu cara mendamaikan.

TIP #4

  • Lakukan power pumping di tempat yang selesa sebab anda memerlukan masa selama sejam. Boleh sediakan bahan bacaan supaya anda tidak kebosanan. Bekalan air juga perlu ada untuk memastikan anda tidak haus.
power pumping teknik banyakkan susu ibu _4

Breastpump kegemaran Kak Ayu sangat best. Autumnz Passion.. ­čÖé

 

Bila Masa Sesuai Buat Power Pumping

  • Bila-bila masa pun boleh terutama sekali bila keadaan susu badan semakin berkurangan. Teknik power pumping ini paling baik di lakukan ketika waktu tengah malam kerana waktu itu hormon prolaktin adalah sangat tinggi.
  • Hormom prolaktin ini penting sebab ia membantu meningkatkan susu ibu. Kalau Kak Ayu biasanya akan buat power pumping sebelum masuk waktu subuh. Sebab keadaan waktu tu lebih tenang dan boleh lebih fokus.
  • Power Pumping boleh dilakukan setiap hari selama 3 hari hingga seminggu. Jika ibu-ibu tidak mahu susu berkurangan boleh amalkan teknik ini contohnya sebulan buat 2 kali.
  • Hasil dari teknik ini bukanlah secara serta merta terus banyak susu badan. Ia perlukan kesabaran dan kerajinan, bergantung juga kepada individu. Ada cepat ada lambat kesannya.
  • Disarankan kepada ibu-ibu yang mula berkerja selepas berpantang kerana akan mudah hilang fokus tidak fokus pada penyusuan anak dan akan fokus pada kerja saja.
  • Konsisten mengepam susu setiap hari jangan skip.
  • Amalkan tip-tip tingkatkan susu badan.

[alert-announce]Best untuk dibaca: > 12 Teknik Mengepam Susu Yang Betul dan Berkesan <[/alert-announce]

 

Semoga info ini bermanfaat pada ibu-ibu semua, kongsikan dengan kawan-kawan lain jika anda rasa info ini berguna.. ­čÖé

— Sebarkan Kebaikkan —

 

Ayu Rosman

SMS / WhatsApp : 013 205 0607

FanPage FB: AyuRosman

SID : 915071

 

 

 

Comments (1)
  1. Zila May 4, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge