10 Tip Elak Keracunan Ubat Pada Si Kecil Anda

 

Jangan salahkan si kecil jika mereka mengambil ubat dan makan tanpa pengetahuan kita kerana mereka si kecil cilik yang tidak tahu apa-apa.

Sikap kita sebagai penjaga kepada mereka kene lebih berhati-hati dalam menyimpan segala ubat di tempat yang lebih selamat dan tinggi supaya mereka tidak boleh capai.

Jadi di sini suka jika saya┬ákongsikan kepada semua ibu bapa sedunia tentang tip elak keracunan ubat untuk si kecil comel anda.. ­čÖé

tip elak keracunan ubat

 

Tip Elak Keracunan Ubat Untuk Si Comel Anda

Tip #1: Elakkan Buang Ubat Ke Dalam Tong Sampah Tak Bertutup

Pastikan anda tidak membuang ubat ke dalam tong sampah yang tidak bertutup seperti di bilik mandi atau di dapur tempat memasak atau dimana saja pun.

Kerana kebiasaannya ubat untuk orang dewasa adalah merbahaya, jadi jika si kecil anda ambil dan telan ini boleh menyebabkan risiko kematian sangat tinggi. Bukan saja boleh menyebabkan kematian pada si kecil anda tetapi kepada binatang-binatang kecil juga.

 

Tip #2: Elak Ambil Ubat Di Hadapan Si Kecil

Setiap apa yang kita lakukan adalah contoh kepada anak-anak kan? Jadi, sila pastikan ibu bapa tidak mengambil/makan ubat di hadapan anak-anak sebab si kecil cilik kita akan selalu untuk cuba meniru setiap perbuatan orang dewasa.

 

Tip #3: Elakkan Kata “Ini gula-gula lah sayang”

Saya pasti ibu bapa faham apa maksudnya kan? Elakkan perkara sebegini kerana nanti anak-anak keliru ubat di ingat gula-gula dan gula-gula pula di ingat ubat.

Mungkin ibu bapa boleh pujuk anak dengan cara lain dengan lebih berkesan.. ­čÖé

tip elak keracunan ubat _2

 

Tip #4: Simpan Ubat di Bekas Yang Betul

Pastikan ibu bapa dan penjaga menyimpan kesemua ubat-ubat di dalam bekas asal masing-masing. Bayangkan jika anda simpan ubat dalam bekas/kotak gula-gula budak, tak ke niaya anak-anak nanti. Si kecik pun ingat gula-gula, mereka telan pula nanti.

 

Tip #5: Pastikan Bekas Ubat Berlabel

Penting sangat untuk pastikan bekas ubat ada label. Ini kerana jika bekas ubat tak ada sebarang label atau pun labelnya dah tak jelas untuk dibaca jangan gunakan ubat untuk diberi pada si kecil.

[alert-warning]Mungkin waktu nak beri tu kita pula yang teragak-agak ‘eh, betul ke ubat ni?’, kalau dah macam tu baik jangan beri pada si anak sebab ia amatlah bahaya. Kalau salah ubat, anak pula yang akan dapat risikonya nanti.[/alert-warning]

Bagaimana pula yang beri tu bukan ibu bapa tapi orang lain, lagi lah huru hara jadinya nanti.

 

Tip #6: Pastikan Tutup Botol Ubat Dengan Ketat

Perkara ini biasa terjadi pada saya, atas meja makan dalam satu bekas saya khaskan susun botol suplemen. Anak-anak kecil memang sangat kreative, mereka belek-belek setiap botol tu hingga terbuka tutup botol dan berteraburlah setiap biji suplemen atas lantai.

Itu botol plastik rasanya ok lagi, tapi kalau botol kaca? Menangis mak nak kene sapu kaca-kaca bersepah dan lap lantai.

Dinasihatkan kepada ibu bapa di luar sana, pastikan setiap botol suplemen/ubat di tutup dengan ketat dan kuat supaya si kecil tak dapat buka dan telan.. ­čÖé

tip elak keracunan ubat _1

 

Tip #7: Buang Ubat Yang Dah Tarikh Luput

Pastikan anda semak tarikh luput ubat yang disimpan setiap masa. Jika ubat tiada tanda atau label tarikh luput, jangan teragak-agak untuk buang ke tong sampah. Ini kerana ubat yang tak berlabel akan expired dalam masa enam bulan selepas anda beli.

 

Tip #8: Plastik Yang Mengandungi Ubat Disimpan Selamat

Elakkan ubat yang disimpan di dalam plastik di letak merata-rata tempat. Ibu bapa hendaklah memastikan plastik yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada anak-anak setiap masa.

 

Tip #9: Pastikan Kabinet Ubat Sentiasa Bersih

[alert-warning]Elakkan kabinet atau tempat menyimpan segala ubat dalam keadaan tidak tersusun. Kabinet atau tempat menyimpan ubat hendaklah sentiasa bersih dan pastikan ubat yang dah expired buang.[/alert-warning]

 

Tip #10: Merbahaya Jika Si Kecil Tertelan Zat Besi Berlebihan

Pastikan anda berhati-hati dengan segala set suplemen atau ubat-ubatan dari mana-mana produk sekali pun yang mengandungi terutamanya zat besi.

[alert-announce]Produk yang mengandungi zat besi boleh menyebabkan keracunan kepada si kecil jika diambil dengan dos yang tinggi. Kerana anak-anak mudah mendapat kesan yang cepat jika dibandingkan dengan orang dewasa jika dos zat besi itu diambil berlebihan.[/alert-announce]

 

Mungkin anda berminat untuk tahu tip ini :>> Cara Merawat Eczema Bayi – klik sini

 

P/S: Pastikan anda amalkan tip-tip elak keracunan ubat diatas demi untuk keselematan si kecil anda.. ­čÖé

 

Semoga bermanfaat dan sentiasa┬ásebarkan kebaikkan.. ­čÖé

Luv,

AyuRosman

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge