Tip Kurangkan Gula Ketika Hamil Serta Risikonya

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Syukur sangat buat ibu-ibu yang mengandung mempunyai anak yang sihat dalam kandungan mungkin juga bayi dalam perut sedang aktif menendang-nendang. Tetapi tak semua yang kita inginkan berjalan dengan lancar, ada ibu yang mengalami masalah ketika hamil. Jadi, tajuk fokus Kak Cun hari ini ialah bagaimana cara kurangkan gula ketika hamil serta Kak Cun nak kongsikan sedikit risikonya.

Ada ibu yang belum hamil dan nak rancang untuk hamil tetapi rasa takut sebab semasa hamil anak pertama ada masalah kencing manis yang teruk. Trauma katanya. Kak Cun sarankan untuk anda yang nak mengandung tetapi ada sejarah kencing manis ketika hamil dapatkan pemeriksaan dan nasihat dari doktor cara untuk kawal kurangkan gula sebelum cuba untuk hamil. Sebabnya tahap gula yang tinggi ketika hamil yang tak terkawal dikaitkan dengan kecacatan kepada bayi seperti masalah penyakit jantung kongenital.

 

kurangkan-gula-ketika-hamil-4

Lakukan ujian darah sebelum dan semasa hamil untuk tahu paras gula

Selepas buat pemeriksaan dan doktor telah sahkan keputusan darah adalah normal, langkah seterusnya barulah boleh anda rancang nak hamil..silakan. Tetapi Kak Cun nak ingatkan semasa hamil hormon kehamilan boleh menyebabkan paras glukos dalam badan meningkat lebih tinggi daripada biasa. Keadaan ini hanya berlaku ketika hami dan akan hilang selepas melahirkan anak nanti.

9 Rutin Dan Risiko Diabetes Ketika Hamil

  • Ibu yang mengandung wajib buat check-up ke klinik dengan kerap
  • Buat temujanji dengan doktor
  • Lakukan pemeriksaan darah dengan kerap
  • Kawal makanan dan minuman
  • Induce semasa kelahiran jika perlu
  • Keadaan bayi bersaiz lebih besar semasa lahir
  • Risiko bayi meninggal dalam kandungan secara tiba-tiba

 

Jauhkanlah bayi mati tiba-tiba dalam perut. Jadi Kak Cun sarankan kawal pengambilan makanan dan minuman dalam masa yang sama lakukan senaman sebelum hamil, erti kata lain ubah gaya hidup. Ini penting sebab gula dalam minuman dan makanan punca kepada risiko diabetes.

 

kurangkan-gula-ketika-hamil-5

Kawal makanan dan minuman semasa hamil.. ­čÖé

 

Kita boleh ubah dari minum air yang manis-manis kepada minum air masak dengan banyak. Kalau makanan yang tinggi karbohidrat boleh gantikan dengan nasi beras perang, roti bijiran penuh, dan sayur boleh diambil dengan banyan pun tak apa.

Senaman pun penting untuk bakar lemak bukan itu saja malah untuk dapatkan berat badan yang ideal sebelum hamil. Sejarah kencing manis dalam keluarga juga adalah satu risiko kita boleh terkena kencing manis juga semasa hamil nanti.

 

4 Tip Hamil Dengan Sihat

  • Ambil Vitamin semasa hamil untuk menyokong perkembangan bayi di dalam kandungan
  • Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki sebanyak tiga kali seminggu. Biasanya Kak Cun pusing tasik dengan suami
  • Lakukan senaman Kegel membantu menguatkan otot lantai pelvis untuk memudahkan semasa kelahiran
  • Pastikan berat badan naik dalam kadar yang sihat iaitu 10 hingga 12.5 kg sepanjang hamil

 

kurangkan-gula-ketika-hamil-6

Ibu yang sedang hamil boleh buat senaman yang ringan saja.. ­čÖé

 

Semoga perkongsian ini serba sedikit dapat memberi info kepada ibu-ibu yang sedang hamil. Jaga lah bayi dalam kandungan dengan sebaiknya sebab ini pemberian dari Tuhan. Mungkin ada orang lain susah nak mengandung, jadi kita yang dah mengandung jagalah dengan baik.. ­čÖé

 

 

Sekian terima kasih.

Sharing is Loving, Kak Cun ­čÖé

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge