Tip Masak Rendang Itik Paling Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

Hari ini Kak Cun nak bercerita mengenai hobi, Apa itu hobi? Hobi adalah satu benda atau aktiviti yang kita semua suka buat macam contoh mengumpul setem, menanam pokok bunga, memelihara kucing hah…macam Kak Cun suka sangat memasak..bila memasak tu kan rasa macam satu kepuasan dan terapi cewahhh!

Ye la mana taknya dah jadi ibu-ibu ni haruslah pandai memasak, tambahan pula suami pula orangnya yang suka makan apa jua makan yang si isteri masak. Lagi ligat lah Kak Cun memasak, setiap hari ada je menu  yang Kak Cun akan buat contohnya kesukaan suami ayam masak kam yeong hah..tapi hari ini Kak Cun tak nak kongsi resepi tu eh, di entri akan datang inshaAllah Kak Cun akan kongsikan dengan lebih lanjut.

 

Cara Menghilangkan Bau Hamis Itik

Kebiasaannya ibu-ibu risau kan nak masak itik takut ada bau hamis dan sebagainya, ni Kak Cun nak kongsikan cara nak hilangkan bau hamis tu masa tengah siang itik tu elok la disalai betul-betul salai sampai air kat badan itik yang comel tu kering baru la boleh memasak dan baru la tak ada bau!

Ok saya nak kongsi resipi rendang itik masak cili api ye..

 

tip_memasak_rendang_itik_paling_sedap

 

Bahan-bahannya ialah :-

Bahan A

  • Bawang Besar (5 biji)
  • Bawang Putih (6 ulas)
  • Halia (2 inci)
  • Lengkuas (2 inci)
  • Kunyit Hidup (2 inci)
  • Cili Api (ikut tahap kepedasan anda)
  • Serai (7 batang)

Bahan B

  • Itik (sekor)
  • Daun Kunyit (3 helai)
  • Kelapa (1 biji dan diperah santan)
  • Asam keping (3@4 keping)
  • Garam
  • Gula
  • Kerisik

Cara-cara nak masak pula ye..

Rebus itik sampai empuk dahulu ye

Blender kan bahan A sehingga lumat dan campak terus dalam kuali biar didih sedikit masukkan itik yang dah dikerat-kerat tadi dan biarkan mereka mesra bersama sampai nampak itik tu dah macam kecut sikit masukkan santan, asam keping, garam gula dan akhir sekali kerisik dan daun kunyit..lepas tu kacau-kacau manja dan dah nampak kering sikit boleh la tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Mudahkan resipi Kak Cun boleh lah cuba ye, sedap juga kalau di makan bersama ketupat atau nasi himpit untuk raya puasa akan datang tak lama lagi ni..

Masaklah dengan hati yang ikhlas dengan iman inshaAllah mudah-mudahan apa yang kita makan diberkati Allah S.W.T

Selamat mencuba! 🙂

Comments(7)
  1. Ct Rodhiah June 19, 2017
  2. Collen June 19, 2017
  3. sueanna June 19, 2017
  4. Nija June 19, 2017
  5. Kakda June 19, 2017
    • AyuRosman June 20, 2017
  6. Mezra June 19, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge