9 Tips Menyusukan Bayi Selama 6 Bulan Tanpa Gagal

 

Setiap ibu mesti rasa ingin menyusukan bayi cukup selama 6 bulan eksklusif hingga sebaiknya 2 tahun. Banyak usaha dah dilakukan supaya dapatkan berikan yang terbaik untuk bayi kesayangan.

Antaranya kerap pam konsisten setiap beberapa jam sebab kita tahu lagi kerap pengeluaran susu atau demand jadi semakin banyak jugalah susu akan produce.

 

menyusukan-bayi-selama-6-bulan-1

 

Tetapi tak semua ibu bernasib baik mempunyai susu yang banyak, diakui memang ada ibu kekurangan susu badan. Ini tak bermakna ibu menghentikan dari menyusukan bayi selama 6 bulan.

Percayalah 6 bulan pertama dalam penyusuan adalah sangat membantu membina antibody bayi dari sebarang penyakit. Jadi tiada makanan atau antibody yang lebih hebat selain susu ibu untuk bayi.

 

9 Tips Menyusukan Bayi Selama 6 Bulan Secara Eksklusif

Disini ada 8 tips menyusukan bayi selama 6 bulan yang akan dikongsikan kepada ibu-ibu menyusu supaya sama-sama dapat kebaikkan dan manfaat dalam sedikit ilmu yang tidak seberapa ini.

  • Lengkap diri dengan maklumat yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu.
    • Ketahui teknik menyusukan bayi dan posisi yang betul.
    • Bersedia dari segi mental.
    • Ikuti penyusuan susu ibu jika mempunyai masa atau sertai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu.

 

  • Alah bisa, tegal biasa.
    • Tiada siapa dapat susukan bayi dengan sempurna pada kali pertama. Cuba pelbagaikan posisi ketika menyusukan bayi supaya dapat rasa keselesaan dengan posisi yang terbaik untuk ibu dan juga bayi.

 

  • Mulakan penyusuan susu ibu sebaik sahaja bayi dilahirkan.
    • Susukan bayi selepas saja bayi dilahirkan dan susukan bayi berulang kali atau apabila bayi lapar. Buat bekalan susu untuk penuhi keperluan bayi dengan cara pam susu ibu jika perlu buat stok untuk permulaan.

 

menyusukan-bayi-selama-6-bulan

Contoh terbaik dalam kereta sedang memandu masih boleh mengepam

 

 

  • Kerapkan pam atau memerah susu dipejabat jika anda berkerja mahupun jika suri rumah. Mungkin bayi ambil masa yang lama untuk tidur, jadi ini peluang untuk anda pam atau memerah susu. Jika di pejabat cari ruang masa yang fleksibel untuk memerah susu.

 

  • Dapatkan makanan diet dengan nutrisi yang cukup dan berkhasiat, jangan memberi tekanan kepada diri sendiri dan berehat dengan secukupnya.

 

  • Dapatkan sokongan dari pasangan dan ahli keluarga tentang penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk bayi anda. Kongsikan cerita bahawa susu ibu lebih baik dari susu formula demi bayi anda.

 

  • Abaikan pada mereka yang tak support anda, berikan keutamaan lebih buat anak anda.
    • Buat persediaan untuk menyusukan bayi jika anda bercadang untuk keluar berjalan.
    • Contoh sediakan bekalan susu kepada penjaga bayi anda bukan itu saja sediakan juga keperluan lain juga untuk bayi.

 

  • Amalkan milkbooster seperti vitamin semulajadi yang dapat meningkatkan nutrisi dalam badan supaya dapat produce susu lebih banyak dan sihat untuk bayi.

 

Mari klik dan bacaCara Tambahkan Susu Ibu Dengan Mudah Dan Berkesan

Power Pumping Teknik Berkesan Banyakkan Susu Badan

Sumber 1

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge