Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa Elak Rasa Letih

 

Assalamualaikum kepada semua umat islam yang sekarang ini sedang menjalani ibadah puasa. Bersyukur kepada yang Maha Esa sebab kita di beri peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan.

Dimana bulan Ramadhan ialah bulan yang paling terbaik diantara semua bulan yang Allah beri kepada kita hambaNya. Gunakan peluang ini dengan sebaiknya melakukan sebanyak mungkin kebaikkan dan ibadah di bulan Ramadhan ini.

 

tips-minum-8-gelas-air-di-bulan-puasa-1

 

Point utama yang saya nak kongsikan ialah tentang kesihatan kita. Dimana kesihatan sangat penting kita jaga supaya kita mudah untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Kalau kita sendiri tak sihat macam mana agaknya kita nak berpuasa sebab gastrik contohnya. Contoh lain tak boleh berdiri lama nak bertarawih sebab sakit kaki. Jadi kita diwajibkan untuk jaga kesihatan diri.

 

Tips Mudah Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa

Bulan puasa antara yang kita kene jaga ialah makan dan minum. Saya cuma nak kongsikan tips minum 8 gelas air di bulan puasa. Air sangat penting dalam badan kita untuk elak dari terhidrat.

Memandang berpuasa menghalang kita dari makan dan minum disiang hari, ini saya kongsikan gambar yang kalau anda lihat saja pasti anda terus boleh faham dengan mudah.

 

tips-minum-8-gelas-air-di-bulan-puasa

Tips minum 8 gelas air di bulan puasa dengan mudah ­čÖé

 

Cara Nak Minum 8 Gelas Air Perut Tak Kembung Air

Kalau kita minum 8 gelas air sekali gus confirm perut kembung atau orang panggil kenyang air. Cara mudah nak minum 8 gelas air yang paling mudah ialah:

  • 1 gelas air selepas bangun tidur
  • 1 gelas air selepas sahur
  • 1 gelas air selepas azan magrib (berbuka puasa)
  • 1 gelas air selepas solat magrib
  • 1 gelas air selepas makan berbuka
  • 1 gelas air selepas solat isyak
  • 1 gelas air selepas solat terawih
  • 1 gelas air selepas sebelum tidur

Kita kalau disiplin minum air macam susunan di atas mesti cukup air dalam badan kita dan tak terhidrat. Bila kurang air dalam badan memang akan rasa letih sangat. Elakkan juga terdedah di bawah matahari.

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan kesihatan yang baik.. ­čÖé

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge