10 Tips Dan Peranan Suami Ketika Isteri Hamil

.

Assalamualaikum

Saat kehamilan adalah saat yang memenatkan sedikit, betul tak? Terutama sekali diawal dan diakhir kehamilan. Kalau awal trimester pertama mungkin ibu-ibu akan mula ada penyakit morning sickness, muntah-muntah. Kalau diakhir-akhir pula trimester ke-3 mungkin kandungan dah sarat dan rasa sakit pinggang dan belakang tak larat nak jalan dah kan? ­čÖé

tips dan peranan suami ketika isteri hamil

Disinilah pentingnya peranan seorang suami ketika isteri sedang sarat mengandung. Beruntung dan bergembiralah wahai isteri jika mendapat suami yang sangat membantu.. ­čÖé

.

Peranan Suami Ketika Isteri Sedang Hamil

1. Suami jangan biarkan isteri buat kerja berat

Sebelum ini memang isteri yang buat kerja rumah, membasuh baju, menyapu, angkat bakul baju kotor dan sebagainya. Jadi sekarang suami sangat digalakkan untuk ambil alih urusan isteri pula. Jika pergi ke tempat kerja ada baiknya suami hantar dan jemput isteri, jangan biarkan isteri pergi balik kerja sendirian naik motor.

.

2. Suami sediakan makanan berkhasiat untuk isteri

Ketika isteri sedang mengandung nutrisi makanan yang lengkap dan sihat sangat penting untuk diambil. Kerana ia bukan penting untuk ibu saja tapi utama juga baby dalam kandungan. Suami boleh sediakan makanan seperti sayuran, buah-buahan segar atau ikan segar kerana ia mengandungi protein tinggi. Selain itu, suami boleh juga dapatkan suplemen lengkap yang semulajadi seperti asid folik, minyak ikan berbentuk capsul atau sebagainya.

Baca dan klik sini untuk tahu suplemen lengkap ibu hamil

.

3. Turuti keinginan isteri mengidam

Oh! Mengidam. Perasaan mengidam nak makan itu ini ia datang tanpa dipinta..betul tak? Kadang-kadang tengah malam minta nak makan nasi kerabu, pening kepala orang lelaki nak cari. Jika mampu suami turutilah kehendak dan keinginan isteri, bukan selalu minta yang pelik-pelik. Kata orang tua-tua nanti meleleh air liur anak.. ­čÖé

.

4. Berikan isteri rehat yang cukup

Rehat adalah perkara penting bagi isteri yang sedang mengandung. Peranan suami ketika ini adalah jangan biarkan isteri tidur larut malam. Suami perlu bagi ruang masa yang cukup untuk isteri berehat supaya elak dari stress dan penat, nanti ia memberi kesan buruk pula pada baby dalam kandungan. Biasa perkara ni doktor pun akan sebut.

.

5. Bawa isteri berjalan santai

Sewaktu hamil urat kaki atau sendi-sendi isteri akan tegang terutama sekali bila dah mengandung trimester yang ke-3. Suami digalakkan bawa dan pimpin isteri berjalan-jalan secara santai waktu pagi atau petang untuk mengurangkan rasa tegang urat. Salah satu tips mudah bersalin adalah banyakkan berjalan.

.

6. Elakkan dari asap rokok

Nasihat untuk suami-suami yang merokok jauhkan diri anda dengan isteri jika anda sedang merokok. Kita sedia maklum asap rokok tak elok untuk setiap orang, kesan asap rokok itu akan memburukkan lagi ibu dan baby dalam kandungan. Ada baiknya jika berhenti terus.. ­čÖé

.

7. Siapkan sarapan pagi isteri

Oh! Bahagia rasanya. Sebelum ni mungkin isteri setiap pagi sediakan sarapan, tapi kali ini suami pula yang siapkan sarapan buat isteri. Peranan suami ketika isteri hamil sangat penting, isteri perlu hargai dan berterima kasih pada suami ya.. ­čÖé

.

8. Elakkan pertengkaran

Emosi ibu hamil kadang-kadang tak stabil disebabkan hormon dalam badan bertukar, kadang ada perasaan sensitif sedih atau marah. Jadi suami cuba tenangkan hati isteri, gembirakan mereka dan suami jangan ambil hati sangat. Romantik gitu.. ­čÖé

.

9. Sediakan keperluan isteri dan baby secukupnya

Keperluan isteri ketika hampir waktu kelahiran sangat penting seperti baju, kain batik, stokin dan sebagainya. Suami juga perlu sediakan keperulan baby yang bakal lahir juga seperti baju, sarung tangan dan kaki, pampers, napkin dan sebagainya. Suami jangan pandang remeh, nanti last minute baru tercari-cari.

.

10. Amalan berdoa untuk isteri dan bakal bayi

Solat adalah tanggungjawab yang wajib. Digalakkan suami solat sunat dhuha dan solat sunat hajat untuk meminta dan berdoa agar isteri dan bayi dipermudahkan dalam ketika hamil dan ketika bersalin. Membaca Al-Quran sangat digalakkan sebab banyak kebaikkannya, ingat bayi dalam kandungan boleh mendengar.. :)Family

 

 

Ok, semoga tips-tips ini serba sedikit dapat memberi┬ámemberi manfaat.. ­čÖé

 

 

Sharing is Loving,

Ayu_Rosman

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge